Friday, October 29, 2010

Tips Ulangkaji Sejarah (Kertas 1)

SPM bakal menjelma dalam tempoh kurang daripada 30 hari lagi. Masa untuk ulangkaji semakin suntuk. Untuk mengulang kaji semua fakta dengan cara membaca buku rujukan atau buku teks mungkin sudah tidak praktikal lagi buat masa ini. Saya cadangkan kepada calon-calon SPM agar menggunakan kaedah ulangkaji cara "OPEN BOOK TEST". Ikuti langkah-langkah seperti di bawah.

1. Dapatkan set soalan kertas 1 . Dicadangkan anda menggunakan set soalan percubaan spm negeri-negeri

2. Cuba rujuk buku teks atau buku rujukan untuk mendapatkan jawapan. Soalan biasanya disusun mengikut bab bermula bab 1 tingkatan 4 hinngga bab 9 tingkatan 5. Jadi kaedah ini tidak akan menyulitkan calon untuk mencari jawapan.

3. Catat semua maklumat yang anda perolehi berkaitan soalan yang ditanya. Jangan fokus kepada jawapan sahaja. Semua fakta berkaitan soalan harus dicatat pada kertas soalan atau lembaran kertas yang lain.

*** Mengapa anda perlu mencatat fakta tambahan? Sekiranya soalan SPM menyoal anda di bahagian yang berkenaan, anda akan dapat menjawabnya kerana anda anda tahu semua aspek berkaitan bahagian berkenaan.

JANGAN BELAJAR DENGAN CARA YANG TERLALU SIMPLE

4. Cuba seberapa banyak set soalan yang termampu. Lagi banyak set soalan anda lakukan, lagi banyak bahagian yang anda kuasai.

5. 1 set soalan yang anda buat, bermakna anda telah belajar sebanyak 19 bab dalam masa 1 atau 2 jam.

6. Anda juga digalakkan belajar dalam kumpulan supaya pembelajaran tidak membosankan dan maklumat cepat diperolehi dan dikongsi bersama.

*** JANGAN KEDEKUT ILMU.
*** SATU ILMU KITA BERIKAN, TUHAN AKAN TAMBAH LAGI ILMU KITA

SELAMAT BELAJAR. SAYA DOAKAN KEJAYAAN ANDA SEMUA.

No comments:

Post a Comment