Tuesday, January 25, 2011

Ciri-ciri Tamadun Indus

F1 Bandar Terancang

H1a. Tamadun Indus memperlihatkan beberapa ciri yang istimewa.
H1b. Peternpatan kekal yang wujud di lembah ini telah membawa kepada pembentukan bandar terancang.
H1c. Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok.
H1d. Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan, dan tempat penyimpanan hasil pertanian.
H1e. Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan. Bandar-bandar dalam tamadun ini dirancang dengan sebegitu rapi terutama dari sudut susun aturnya yang sistematik.
H1f. Perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan, serta sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
H1g. Bandar-bandar dalam tamadun ini disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain.
H1h. Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang. Selain jalan raya bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.

F2 Organisasi Sosial

H2a. Berbeza daripada tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba, tamadun Indus tidak meninggalkan maklumat dan sumber yang jelas tentang organisasi sosialnya.
H2b. Jurnpaan arkeologi telah membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan atasan dan bawahan. Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang.
H2c. Kelas atasan yang utama ialah pendeta. Walaupun wujud dalam bilangan yang kecil, namun, para pendeta ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan kegiatan keagamaan.
H2d. Atas dasar keagamaan inilah, golongan bawahan memberikan ketaatan kepada golongan pendeta. Oleh sebab tiada bukti tentang kewujudan raja, maka, sejarawan berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.
H2e. Golongan bawahan pula terdiri daripada petani dan buruh. Golongan petani menjalankan aktiviti pertai-dan dan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa. Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina ternbok di benteng, dan membina terusan.

F3 Pengkhususan Pekerjaan

H3a. Masyarakat di Lembah Indus juga mempunyai pengkhususan pekerjaan yang jelas terutamanya dalam bidang ekonomi. Masyarakat ini telah menjalankan pelbagai kegiatan ekonorni seperti perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan.
H3b. Aktiviti perdagangan secara khusus membabitkan perdagangan luar termasuklah dengan Mesopotamia. Hubungan dagang antara kedua-dua tamadun dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia.
H3c. Antara hasil perdagangan yang penting termasuklah emas, gading gajah, manik, dan hasil pertanian.
H3d. Petani pula menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan seperti barli, kacang, dan sebagainya.
H3e. Selain menjadi petani dan pedagang, ada ahli masyarakat yang secara khusus menjadi artisan. Mereka ini terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.

F4 Agama dan Kepercayaan

H4a. Masyarakat dalam tamadun ini juga dikenal pasti telah mempunyai satu amalan agama. Ini dibuktikan dengan penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan.
H4b. Antara yang paling penting termasuklah penemuan sebuah patung yang dirujuk sebagai patung proto-Siva.
H4c. Objek tersebut menunjukkan seseorang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk di kepalanya yang melambangkan Dewa Brahma, Vishnu dan Siva.
H4d. Kewujudan objek proto-Siva ini menjadi sangat penting terutama dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu kemudiannya.
H4e. Selain itu, masyarakat dalam tamadun ini juga percaya kepada Tuhan Ibu.
H4f. Perkara ini dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan Ibu ini turut berlaku dalam masyarakat yang mendiami Mesopotamia, Asia Kecil, Syria dan Palestin.

F5 Sistem Tulisan

H4g. Masyarakat tamadun Indus telah mempunyai satu sistem tulisan yang berbentuk piktograf.
H4h. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini tulisan tamadun Indus masih lagi menjadi misteri dan belum dapat ditafsirkan.

No comments:

Post a Comment