Tuesday, January 25, 2011

Sumbangan Tamadun Indus

F1 Perancangan Bandar

H1a. Keupayaan untuk mewujudkan sebuah bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa bukanlah perkara yang mudah, sebaliknya memerlukan gabungan kepakaran sama ada dari sudut letak bandarnya mahupun dari sudut pengisiannya.
H1b. Oleh yang demikian, pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian, dan matematik sangat diperlukan. Kemampuan masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan bandar berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang geometri dan pembinaan.
H1c. Pemahaman geometri hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba telah membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat yang diikuti oleh jalan raya yang lurus.
H1d. Di samping itu, masyarakat Lembah Indus telah berusaha meningkatkan mutu bahan binaan. Hal ini telah berjaya dilaksanakan apabila masyarakat Indus tidak hanya bergantung pada panas matahari untuk membuat batu bata daripada tanah liat.
H1e. Sebaliknya, batu bata itu. dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.
H1f. Berasaskan perkara ini, kecemerlangan perancangan bandar dalam tamadun Indus, sebenarnya, merupakan gabungan daripada pelbagai pengetahuan dan pencapaian termasuklah geometri dan matematik serta teknologi pembakaran batu bata.

F2 Hubungan luar

H2a. Sifat keterbukaan yang dibuktikan oleh tamadun ini dalam membuat hubungan dengan tamadun lain juga merupakan satu lagi aspek yang sangat penting.
H2b. Dari sudut ini, tamadun Indus memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak akan mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain.
H2c. Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnya sama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya.
H2d. Walau. bagaimanapun, dalam konteks hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia, segala pengaruh dari luar itu disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.

F3 Keamanan

H3a. Tamadun Indus telah menunjukkan kepada masyarakat dunia moden hari ini beberapa aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan sesebuah tamadun, termasuk keamanan.
H3b. Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

10 comments:

  1. Bagaimanakah nak kaitkan sumbangan di atas ini dengan perkembangan Malaysia

    ReplyDelete
  2. apa kesan pertembungan tamadun mesopotamia dan indus?

    ReplyDelete
  3. macam mna jawap sealan esei kertas 2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu juga...saye pun tak tahu macam mane nak jwb soalan esai...kalau u tahu tolong bagi tahu kat saye weik

      Delete
  4. apakah jawapan kepada aspek kecemerlangan tamadun mesopotamia?

    ReplyDelete
  5. apakah jawapan kepada aspek kecemerlangan tamadun mesopotamia?

    ReplyDelete
  6. Macam mana jawab soalan esai sejarah

    ReplyDelete
  7. Apakah sumbangan Tamadun Indus dalam aspek perancangan bandar?

    ReplyDelete
  8. Adakah ini merujuk kepada sumbangan tamadun Indus dari aspek seni bina

    ReplyDelete