Saturday, November 6, 2010

FOKUS SEJARAH SPM 2010 : TEMA TAMADUN ISLAM

Namakan peperangan yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah
1. Perang Badar
2. Perang Uhud
3. Perang Khandak
4. Perang Tabuk

Senaraikan garis panduan yang mesti dipatuhi oleh tentera Islam dalam peperangan.
1. larangan memebunuh orang yang lemah, orang tua, kanak-kanak, wanita, orang yang sakit, orang yang menyerah diri
2. tidak boleh membunuh binatang ternakan
3. dilarang memusnahkan tanam-tanaman
4. dilarang merobohkan rumah ibadat

Nyatakan sebab Ialam membenarkan umatnya berperang
1. apabila diserang oleh musuh
2. untuk mencari keamanan
3. untuk memelihara tempat ibadat
4. menjaga maruah negara
5. memelihara daripada kemusnahan harta benda
6. melindungi orang yang tidak berdosa

Nyatakan bukti Islam bukannya berkembang dengan cara peperangan/ mata pedang
1. Nabi Muhammad s.a.w mengampunkan tawanan perang Badar
2. Tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan
3. Tawanan lelaki diberi syarat membebaskan diri iaitu mengajar 10 orang kanak-kanak membaca dan menulis sehingga pandai.

Thursday, November 4, 2010

FOKUS SEJARAH SPM 2010 : TAMADUN INDUS

a. namakan dua buah bandar terancang dalam tamadun Indus.
1. Harappa
2. Mohenjor Daro

b. apakah ciri-ciri bandar terancang dalam tamadun Indus
1. dikeliling oleh tembok
2. disusun berasaskan blok berbentuk empat segi
3. setiap blok dipisahkan oleh jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain
4. setiap rumah mempunyai bilik mandi dan tandas
5. mempunyai sistem kumbahan yang terancang
6. batu bata dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi

FOKUS SEJARAH SPM 2010 : TEMA TAMADUN AWAL

Mengapakah tamadun awal bermula di tepi sungai?

1. tanah yang subur
2. terdapat kemudahan air minuman
3. terdapat kemudahan air untuk kegunaan harian
4. terdapat sumber makanan seperti ikan
5. kemudahan pengangkutan
6. perdagangan / pelabuhan

Nyatakan kepentingan tasik Tonle Sap kepada kerajaan agraria

1. mengawal banjir
2. tanah yang subur
3. menampung keperluan makanan yang banyak untuk penduduk yang ramai
4. punca bekalan air

FOKUS SEJARAH SPM 2010: SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO

Nyatakan sumbangan Tamadun Hwang Ho dalam bidang di bawah
a. bidang politik / pemerintahan
1. pemerintahan berbentuk monarki
2. gelaran raja ditukar kpd gelaran Maharaja
3. amalan dinasti diteruskan hingga abad ke-20

b. bidang pertanian
1. memperkenalkan sistem pengairan
2. memperkenalkan alat pertanian daripada besi
3. memperkenalkan teknologi pembajakan
4. memperkenalkan batas untuk pertanian

c. Bidang agama dan kepercayaan
1. amalan pemujaan roh nenek moyang
2. unsur korban manusia tidak lagi diamalkan
3. Konsep yin dan yang serta feng sui diteruskan hingga ke hari ini.

d. sistem kalendar
1. kalendar dicipta semasa Danasti Shang
2. 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun

e. sistem tulisan
1. tulisan ideogram

Friday, October 29, 2010

Tips Ulangkaji Sejarah (Kertas 2)

Kertas 2 mempunyai 2 bahagian iaitu Bahagian A (Soalan Struktur - WAJIB JAWAB) dan Bahagian B (Esei - Pilih 3 soalan). Masa makin suntuk, anda mungkin panik tak tau nak study apa - LAST-LAST TAK STUDY LANGSUNG. Jangan panik STUDY SIKIT LEBIH BAIK DARIPADA TAK STUDY LANGSUNG.

kita mungkin tak ingat semua tapi kita jangan lupa semua.

Bagaimana nak buat?

1. Cuba analisis soalan yang telah keluar.

2. Cuba spot topik penting , jangan spot soalan. **** rujuk guru anda - MEREKA LEBIH ARIF.

3. Analisis juga soalan percubaan negeri. Kenal pasti topik yang diberi tumpuan.

4. Setelah mengenal pasti topik, lihat apakah fokus isi dalam topik tersebut sama ada faktor, kesan , ciri, aspek perubahan , perkembangan peristiwa dsb.

5. Asingkan fakta. Anda perlu tahu yang mana FOKUS UTAMA, yang mana HURAIAN, yang mana CONTOH.

6. Sekiranya anda tak dapat ingat semua, cuba ingat FOKUS UTAMA... PASTIKAN. Fokus Utama tak banyak, anda pasti dapat mengingatinya.

7. STEP BELAJAR BERKESAN.
............... A. BACA
............... B. GARIS ISI
............... C. CATAT ISI
............... D. CUBA INGAT/ HAFAL
............... E. BRAIN STORM --> Cerita pada kawan. catat semula
............... F. SEMAK SEMULA UNTUK MENGENAL PASTI FAKTA YANG GAGAL DIINGATI
............... G. ULANG LANGKAH D, E, F sehingga anda berjaya mengingati SEMUA FAKTA

8. SELAMAT BELAJAR

NO SHORTCUT TO SUCCESS
TIADA JALAN MUDAH UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN
KEJAYAAN TAK SESUSAH YANG ANDA SANGKA
TUHAN AKAN BANTU ORANG YANG CUBA BANTU DIRINYA
JANGAN LUPA MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH SUPAYA MEMUDAHKAN USAHA KITA
JANGAN EGO DENGAN TUHAN - MINTALAH DARIPADA YANG MAHA PEMURAH.

Tips Ulangkaji Sejarah (Kertas 1)

SPM bakal menjelma dalam tempoh kurang daripada 30 hari lagi. Masa untuk ulangkaji semakin suntuk. Untuk mengulang kaji semua fakta dengan cara membaca buku rujukan atau buku teks mungkin sudah tidak praktikal lagi buat masa ini. Saya cadangkan kepada calon-calon SPM agar menggunakan kaedah ulangkaji cara "OPEN BOOK TEST". Ikuti langkah-langkah seperti di bawah.

1. Dapatkan set soalan kertas 1 . Dicadangkan anda menggunakan set soalan percubaan spm negeri-negeri

2. Cuba rujuk buku teks atau buku rujukan untuk mendapatkan jawapan. Soalan biasanya disusun mengikut bab bermula bab 1 tingkatan 4 hinngga bab 9 tingkatan 5. Jadi kaedah ini tidak akan menyulitkan calon untuk mencari jawapan.

3. Catat semua maklumat yang anda perolehi berkaitan soalan yang ditanya. Jangan fokus kepada jawapan sahaja. Semua fakta berkaitan soalan harus dicatat pada kertas soalan atau lembaran kertas yang lain.

*** Mengapa anda perlu mencatat fakta tambahan? Sekiranya soalan SPM menyoal anda di bahagian yang berkenaan, anda akan dapat menjawabnya kerana anda anda tahu semua aspek berkaitan bahagian berkenaan.

JANGAN BELAJAR DENGAN CARA YANG TERLALU SIMPLE

4. Cuba seberapa banyak set soalan yang termampu. Lagi banyak set soalan anda lakukan, lagi banyak bahagian yang anda kuasai.

5. 1 set soalan yang anda buat, bermakna anda telah belajar sebanyak 19 bab dalam masa 1 atau 2 jam.

6. Anda juga digalakkan belajar dalam kumpulan supaya pembelajaran tidak membosankan dan maklumat cepat diperolehi dan dikongsi bersama.

*** JANGAN KEDEKUT ILMU.
*** SATU ILMU KITA BERIKAN, TUHAN AKAN TAMBAH LAGI ILMU KITA

SELAMAT BELAJAR. SAYA DOAKAN KEJAYAAN ANDA SEMUA.

Sunday, July 18, 2010

Nyatakan pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia

F1. Komanwel,
F2. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),
F3. Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM),
F4. Kumpulan Selatan-Selatan
F5. Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Apakah kepentingan dasar luar Malaysia?

F1. menjamin keselamatan rakyat dan negara,
F2. memelihara kepentingan nasional
F3. mengekalkan kedaulatan negara,
F4. menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi
F5. mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.
F6. menjadi warga global yang bertanggungiawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia

Nyatakan sebab berlakunya Perang Dingin

F1. Kebuntuan dalam siri rundingan selepas perang dunia kedua menimbulkan bibit perpecahan dan akhimya membawa kepada kemunculan blok dunia dan Perang Dingin.
F2. Perang Dingin berlaku disebabkan ideologi dan fahaman politik yang berbeza.
F3. Persaingan kuasa yang berlaku antara blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika Syarikat dengan blok komunis yang diketuai oleh Soviet Union.
F4. Kedua-dua blok ini ingin membuktikan kekuatan masing-masing.
F5. Mereka berusaha menyebarkan pengaruh dan memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan juga di Asia
F6. Kedua-dua blok ini menyebarkan propaganda serta bantuan ekonomi dan ketenteraan.

Senaraikan kesan daripada Perang Dunia Kedua

F1. Perang ini telah memecahbelahkan negara-negara di Eropah,
F2. meruntuhkan sistem imperialisme,
F3. membentuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,
F4. menubuhkan negara-negara baru yang merdeka
F5. dan menyebabkan Perang Dingin.

Senaraikan faktor-faktor berlakunya Perang Dunia Kedua

F1. kegagalan Perjanjian Versailles menyelesaikan masalah Perang Dunia Pertama
F2. Perubahan politik yang berlaku di Jerman, Soviet Union, Itali dan Jepun.
F3. Kemelesetan yang berlaku pada awal tahun 1930-an.

Senaraikan kesan Perang Dunia Pertama

F1. menamatkan pemerintahan beraja di Eropah
F2. pemeteraian Perjanjian Versailles
F3. mengubah peta Eropah
F4. mengubah peta Eropah
F5. membentuk beberapa buah negara baru
F6. pembentukan Liga Bangsa
F7. negara-negara yang berperang mengalami inflasi dan hutang peperangan
F8. Kehilangan nyawa yang begitu ramai

Senaraikan faktor berlakunya Perang Dunia Pertama

1. Kemunculan nasionalisme
2. Sistem pakatan negara-negara Eropah, iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.
3. Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.

Tuesday, June 15, 2010

TARGET SEJARAH SPM 2010




Berdasarkan pengamatan saya berdasarkan analisis kekerapan soalan di atas, antara topik-topik yang perlu diberi tumpuan oleh pelajar ialah:

Tingkatan 4 :
Topik-topik yang berkaitan dengan tamadun Islam iaitu Bab 4 hingga 8 .

Tingkatan 5 :

Topik-topik yang berkaitan dengan pembinaan negara dan bangsa iaitu bab 3 hingga 6. Selain itu, pelajar harus memberi tumpuan yang lebih bagi bab 9 kerana bab ini tidak pernah 'miss' dalam analisis kekerapan soalan

PANDANGAN INI IALAH PANDANGAN PERIBADI SAYA SAHAJA
FIKIR-FIKIRKANLAH.
BERUSAHALAH TANPA MENGENAL ERTI JEMU.

Sunday, June 13, 2010

B. MELAYU (KERTAS 2) : ANALISIS SOALAN NOVEL


Aspek Kajian Sastera:
• Sinopsis (Jul 2002)
• Tema (Nov 2002-umum), (Jun 2007-banding)
• **Persoalan(Nov 2001-umum), (Nov 2003-kegigihan),(Nov, 2006- umum) ,(Nov 2007-maruah)
• Watak & Perwatakan
• Watak utama(Nov 2003-watak utama, Jun 2004-cabaran yang dihadapi oleh watak utama Nov 2007- cara watak utama menyelesaikan konflik (Nov.09- ketabahan watak utama)
• Watak sampingan, Jun 2005-watak sampingan,
• Lain-lain Jun 2006- pertentangan ant. dua watak),
• Plot (Nov 2001-pengakhiran cerita),( Jul 2003 –klimaks & kesudahan cerita), (Nov 2008- permulaan)

• **Teknik Plot
• Konflik (Nov 2004)
• Unsur suspens
• Latar
• Latar tempat - Banding 2 novel (Jul 2003, Nov 2005)
• Latar masa (Jun 09)
• Latar masyarakat (Nov 02, Nov 2008)
• Nilai (Jul 2002, Nov 2004, Jun 2006), (Jun 2007), (Nov.09)
• Bertimbang rasa dalam 2 novel
• **Pengajaran (Jun 2004 -umum, Nov, 2006-umum, Jun 2008-banding) , (Jun 2005 Peristiwa yang dpt diteladani )
• Gaya Bahasa
• Lain-lain
• Peristiwa yang meninggalkan kesan, (Jun 09)
• Pemilihan tajuk dan kandungan (Jun 2008)

B. MELAYU (KERTAS 2) - SOALAN NOVEL

• TAHUN 2001 (N)
4a Pada pendapat anda, wajarkah pengarang mengakhiri cerita seperti yang terdapat dalam novel yang anda pelajar ?
4b Huraikan empat persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari itu.

• TAHUN 2002 (J)
4a Tulis sinopsis novel yang telah anda pelajari.
4b Huraikan empat nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari itu.

• TAHUN 2002 (N)
4a Jelaskan tema novel yang telah anda pelajari
4b Huraikan latar masyarakat dalam novel yang telah anda pelajari

• TAHUN 2003 (J)
4a Plot merupakan aspek penting dalam pembinaan sebuah novel. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan klimaks novel berkenaan dan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada kesudahan cerita.
4b Huraikan empat latar tempat berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari.

• TAHUN 2003 (N)
4a Kegigihan merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari. Buktikan pernyataan tersebut.
4b Huraikan watak utama novel yang telah anda pelajari

• TAHUN 2004 (J)
4a Watak utama sesebuah novel sering dikaitkan dengan pelbagai cabaran. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak tersebut.
4b Huraikan empat pengajaran daripada novel yang telah anda pelajari

• TAHUN 2004 (N)
4a Huraikan tiga nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel yang anda kaji
4b Konflik merupakan perkara yang menarik dalam sesebuah cerita. Berdasarkan novel yang anda baca, jelaskan bagaimana watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi.

• TAHUN 2005 (J)
4a Watak sampingan turut memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan perwatakan satu daripada watak sampingan tersebut.
4b Pengarang banyak memberikan teladan kepada pembaca melalui peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dalam novelnya. Jelaskan tiga peristiwa yang dapat anda teladan berdasarkan novel yang anda pelajari.

• TAHUN 2005 (N)
4a Terdapat pelbagai peristiwa menarik yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa paling menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari. Mengapakah anda berpendapat demikian?
4b Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan satu latar tempat dalam setiap novel itu.

• TAHUN 2006 (J)
4a Pertentangan antara watak banyak terdapat dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa yang menunjukkan pertentangan antara watak dalam sebuah novel yang anda telah kaji.
4b Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji, jelaskan dua nilai kemasyarakatan daripada setiap novel tersebut.

• TAHUN 2006 (N)
4a Huraikan pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang anda telah kaji.
4b Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji, jelaskan satu persoalandaripada setiap novel tersebut.

• TAHUN 2007 (J)
4a Nilai setia kawan sering dipaparkan dalam sesebuah novel.
Huraikan dua nilai setia kawan dalam sebuah novel yang anda pelajari
4b Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan tema dalam setiap novel itu.

• TAHUN 2007 (N)
4a Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah.
4b Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama setiap novel menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya.

• TAHUN 2008 (J)
4a Pemilihan tajuk sesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandungan novel tersebut.
Buktikan pernyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji.
4b Berdasarkan dua novel yang telah anda kaji, berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam setiap novel.

• TAHUN 2008 (N)
4a Bahagian permulaan sebuah novel memainkan peranan yang penting kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian permulaan novel itu menarik minat anda.
4b Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan, satu latar masyarakatdalam dua buah novel yang anda pelajari.

• TAHUN 2009 (J)
4a Sesebuah novel dapat menimbulkan pelbagai kesan terhadap perasaan pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan anda.
4b Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu latar masa dalam setiap novel.

• TAHUN 2009 (N)
4a Ketabahan watak utama dalam sesebuah novel membolehkannya memperoleh kejayaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang dapat membuktikan pernyataan di atas.
4b Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu contoh nilai kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel.

Wednesday, April 21, 2010

Malayan Union yang diperkenalkan oleh British telah mendapat tentangan daripada orang-orang Melayu.

(a) Apakah syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Malayan Union 1946?
[12 markah]

Gabenor - Diketuai oleh Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England
Majlis - Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan dibentuk
Singapura - Singapura diasingkan kerana kepentingan sebagai pelabuhan bebas
Jus Soli - Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan Malayan Union
Raja - Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu yang membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu
Pesuruhjaya - Pesuruhjaya Negari dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir


(b) Jelaskan sebab-sebab orang Melayu menentang Malayan Union 1946.
[8 markah]


Cara - Orang Melayu membantah cara Sir Harold MacMicheal mendapat persetujuan
Raja-Raja Melayu
Baharu - Orang Melayu menganggap keadaan selepas Perang Dunia Kedua tidak sesuai
untuk membuat pembaharuan
Hakis - Menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu
Peribumi - Pemberian kerakyatan yang longgar mengancam status quo orang Melayu sebagai
Peribumi
Warisan - Bimbang kehilangan warisan yang dibina sejak Kesultanan Melayu Melaka

DUHAI PENTAFSIR

Pentafsir,
sebenarnya telah lama kucari
suaramu yang sarat
ke mana jatuhnya gema itu?
di manakah tempat istirahat
setelah pengembaraan yang penat
di manakah telah kaurakamkan
pertemuan matahari,rimba dan lautan?

Maksud:
Penyajak membuat pernyataan bahawa dia telah lama mencari arah dan kebenaran dalam kehidupannya, tetapi masih belum ditemui. Usia yang semakin bertambah menyebabkan penyajak hampir terlupa peristiwa-peristiwa silam yang dilaluinya.


Senja ini menemuiku
dengan lusuh catatanmu
angin yang sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembar-lembar buku
sedang aku belum ketemu
surat yang kau tuliskan padaku.

Maksud:
Sewaktu usia semakain tua, penyajak masih meneruskan pencariannya. Banyak hasil tulisan yang dibaca dan diteliti sehingga seakan-akan kajian yang dikaji menjadi lusuh. Pertambahan usia memberi peringatan kepada penyajak bahawa sisa-sisa usia semakin singkat. Tetapi masih mencari-cari petunjuk yang benar daripada pencipta-Nya.

Telah hilangkah ia
Atau kau tidak pernah menulisnya
Ah, aku tidak bisa tidur dan melupakan
Racun keresahan telah membunuh lenaku
Sejak kau dahagai penawar dalam lautan nota-notamu
Kiranya terdampar dalam angin yang ragu
Yang tidak mengenal arah tiupannya
Angin tanpa sabar yang telah melunturkan
Kehijauan dalam keriangan masa kecilku.

Maksud:
Penyajak menjadi keliru dalam mencari petunjuk Ilahi dan hakikat kebenaran kehidupan ini. Penyajak diburu resah oleh sejarah silam kehidupannya yang beronak dan berliku. Penyajak mula sedar kesilapan dan kelalaiannya yang menyimpang daripada petunjuk Ilahi. Dia berasa kerugian kerana membiarkan masa mudanya begitu sahaja tanpa berusaha mengenal Tuhannya.


Pentafsir, musim telah terlalu tua
kaca jendela menjadi kelabu
dan aku telah terlalu lesu
untuk menari bersama bayang-bayangmu
senja pun semakin larut
lembar-lembar menjadi semakin kuning
apakah aku harus mengebumikan buku-buku ini
di samping pusaramu yang sepi.



Maksud:
Usia penyajak semakin tua, penglihatannya semakin kabur dan tubuh menjadi semakin lemah. Tetapi penyajak tetap berusaha untuk mendapatkan perlindungan dan keredaan Tuhan dalam kehidupannya yang semakin singkat. Penyajak ingin meninggalkan semua kejahilan dan melupakan sejarah silamnya. Namun begitu dia masih ragu akan penerimaan Tuhan terhadap keinsafan dirinya.


Hentikan ejekanmu
biar kupecahkan kaca ini
melihat keluar. Lalu mengenal
rumpun-rumpun yang redup
adalah pengakuanmu, Tuhanku!
yang menjernihkan mataku.

Maksud:
Penyajak menyatakan keyakinannya untuk keluar daripada keraguan dan kesangsiannya. Penyajak membuat tekad dan menyerah diri mencari keredaan Tuhan untuk mencari ketenangan jiwanya.


Latihan 1

(i) Terangkan maksud pengembaraan yang penat mengikut penggunaannya dalam sajak di atas.
(2 markah)
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah ilmu agama itu penting dalam kehidupan?
(3 markah)

(iii) Apakah persoalan-persoalan yang diketengahkan dalam sajak di atas?
(3 markah)

(iv) Nyatakan apa yang terjadi kepada ’aku’ apabila musim telah terlalu tua?
(3 markah)

(v) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.
(3 markah)

(vi) Pada pendapat anda, mengapakah buku perlu dijadikan teman sepanjang hidup?
(3 markah)

DI RUANG GEMANYA

Telah kurangkumkan rebah setiaku
pada setiap pilu dan rindu
melayang dan mengembang
ke hayat gemilang. Sejak itu
tidak kukesal lagi
Goda dan duga
Di gerimis senja.

Maksudnya: Penyajak menumpahkan seluruh taat setianya kepada negaranya yang tercinta. Sepanjang perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah, penyajak telah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan, namun penyajak tidak berasa kesal akan tindakannya itu.

Telah kupahatkan lelah umurku
Pada setiap kerikil dan debu
Datang dan menghilang
Ke hujung kenang. Sesudah itu
Tidak kukenal lagi
Hampa dan derita
Di guruh pagi.

Maksudnya: Sepanjang hidupnya penyajak sentiasa mencurahkan bakti dan berusaha untuk memastikan negaranya bebas daripada masalah. Setelah dia berusaha penyajak tidak lagi berasa hampa dan kecewa kerana negaranya kini telah mencapai kemerdekaan.

Gerimis senja guruh pagi
Adalah titipan maya
Bakal kukongsikkan hati
Mengukir tadbir di ruang gemanya.

Maksudnya: Penyajak ingin menyampaikan mesej bahawa dugaan dan cabaran itu merupakan perkara biasa dalam mengharungi liku-liku hidup. Penyajak juga bersedia berkongsi pengalamannya dengan anggota masyarakat yang lain dan bersama-sama mencurahkan usaha , idea dan tenaga untuk membangunkan negaranya yang tercinta.

Latihan

i) Buktikan penyajak seorang yang cinta akan negaranya.
[3 markah]

ii) Pada pendapat anda , apakah akibatnya jika rakyat tidak taat setia kepada negara?
[3 markah]

iii) Apakah persoalan yang terdapat dalam sajak ini.
[3 markah]

Tuesday, April 20, 2010

SOALAN KARANGAN 3

Para pelajar kurang gemar berkunjung ke perpustakaan walaupun sedar perpustakaan gedung ilmu.
Berikan cadangan yang patut dilaksanakan agar para pelajar berminat mengunjungi perpustakaan dalam usaha menambahkan ilmu

Analisis soalan:
Format : Karangan tidak berformat
Isu : Perpustakaan
Fokus isi : Cadangan/ cara-cara menarik minat pelajar mengunjungi perpustakaan
Domain : sekolah/ remaja/ kerajaan

Rangka karangan

Pendahuluan
Kepentingan perpustakaan

Perenggan isi
1. suasana yang menarik dan kondusif
2. pelbagaikan bahan rujukan
3. kempen / iklan / promosi
4. sediakan kemudahan internet
5. perkhidmatan mesra pelanggan

Penutup
seruan memanfaatkan kemudahan yang disediakan
harapan mendapat sambutan yang menggalakkan
harapan mendapat sokongan pelbagai pihak

CIRI-CIRI SISTEM AHLI

1. Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada baberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk.,
2. Anggota Sistem Ahli dikenal sebagai Ahli. Contohnya, Ahli Hal Ehwal dalam Negeri.
3. Pelantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
4. Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota, iaitu lima orang penduduk Tanah Melayu dan empat orang pegawai Inggeris. Daripada lima orang penduduk Tanah Melayu, tiga daripadanya merupakan orang Melayu, orang Cina dan orang India.
5. Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhiaya Tinggi British.

KEPENTINGAN SISTEM AHLI

1. Sistem merupakan tapak asas yang penting untuk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri.
2. Sistem Ahli juga memulakan proses perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu.
3. Sistem ini menggabungkan pemimpin daripada pelbagai kaum yang terdapat di negara ini.
4. Perkara ini merupakan asas penting untuk menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai mendapat sokongan seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
5. Sistem Ahli telah memberikan pendedahan yang baik kepada penduduk tempatan untuk mentadbir dan menerajui kerajaan walaupun masih dikuasai oleh British.

SOALAN KARANGAN 2

Warga emas telah banyak menabur bakti semasa usia muda mereka, namunada sesetengah mereka diabaikan apabila telah mencapai usia tua. Mereka merupakan golongan yang perlu dibela dan diberi kasih sayang oleh golongan muda.
Berikan pendapat anda tentang peranan golongan muda dalam memenuhi keperluan golongan warga emas.

Analisis Soalan

Format : Karangan tidak berformat
Isu : Warga emas
Fokus isi : peranan golongan muda dalam memenuhi keperluan golongan warga emas.

Rangka karangan

Pendahuluan
1 definisi warga emas
2 jasa warga emas

Isi 1 : Menjaga keperluan harian
Isi 2 : Menjaga kesihatan
Isi 3 : Memberi hiburan dan kasih sayang
Isi 4 : Memastikan ibadat mereka terpelihara
Isi 4 : Menyediakan tempat perlindungan yang sesuai

Penutup
Harapan nasib mereka terbela
Harapan mereka bahagia dalam menghabiskan sisa-sisa kehidupan

Monday, April 19, 2010

TATABAHASA : KATA PEMERI

KATA PEMERI

Dalam bahasa Melayu, ialah dan adalah merupakan kata pemeri

Ialah

Kata pemeri ialah digunakan untuk menjelaskan persamaan, dan hadir di hadapan frasa nama.

Contoh :
i. Ayah saya ialah guru
ii. Mata pelajaran yang diajar oleh guru itu ialah Bahasa Melayu

Adalah

Kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama

Contoh :
i. Berita kemalangan yang dilaporkan oleh akhbar itu adalah terlalu ringkas
ii. Bungkusan yang dihadiahkan pengetua itu adalah untuk pelajar cemerlang.


* Kita sering mendengar ada pihak yang mengucapkan kata pemeri adalah seperti berikut.

Contoh :
i. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok.
ii. Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Isnin.

Sebenarnya, penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat di atas menyalahi tatabahasa bahasa Melayu, kata pemeri itu hendaklah digantikan dengan yang berikut:

Dengan ini/ Anda/ Tuan-tuan/ Dengan hormatnya/ ………………….

SOALAN KARANGAN

Soalan 1 :

Sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya di sekolah anda, diadakan satu pertandingan syarahan. Anda menyertai pertandingan yang dianjurkan dan memilih tajuk “Sebab-sebab Meningkatnya Kemalangan Jalan Raya”.

Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya.

Soalan 2 :

Masalah kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar merupakan satu masalah yang sukar untuk diselesaikan. Pelbagai cara telah diambil untuk mengatasinya termasuk membina dan melebarkan jalan raya. Ada juga pihak yang mencadangkan penggunaan pengangkutan awam atau berkongsi kereta namun kurang mendapat sambutan.

Berikan pendapat anda berhubung perkara ini.

PERIBAHASA

SILA CARI MAKSUD PERIBAHASA DI BAWAH

PERIBAHASA

  1. BAK CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN
  2. BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT
  3. JAUH PERJALANAN LUAS PENGALAMAN
  4. SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN
  5. KALAU TIDAK PECAHKAN RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA
  6. BERSATU TEGUH BERCERAI KITA ROBOH
  7. GENGAM BARA API, BIARLAH SAMPAI JADI ARANG
  8. YANG BULAT TIDAK DATANG MENGOLEK, YANG PIPIH TIDAK AKAN DATANG MELAYANG
  9. HATI GAJAH SAMA DI LAPAH, HATI KUMAN SAMA DICICAH
  10. IBARAT TELUR SESANGKAK, PECAH SEBIJI PECAH SEMUA
  11. BERAT SAMA DI PIKUL, RINGAN SAMA DI JINJING
  12. BAGAI AUR DENGAN TEBING
  13. HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI
  14. BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KE TEPIAN, BERSAKIT-SAKIT DAHULU, BERSENANG-SENANG KEMUDIAN
  15. BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT KATA KERANA MUAFAKAT
  16. BUKIT SAMA DI DAKI, LURAH SAMA DITURUNI
  17. KACANG LUPAKAN KULIT
  18. DIMANA BUMI DIPIJAK, DISITULAH LANGIT DIJUNJUNG
  19. MASUK KE KANDANG KAMBING MENGEMBEK, MASUK KE KANDANG KERBAU MENGUAK
  20. YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDONG BERCICIRAN