Tuesday, January 25, 2011

Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho

F1 Petempatan Kekal

H1a. Petempatan awal yang berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan bandar-bandar.
H1b. Anyang merupakan salah satu contoh negara kota dalam tamadun Hwang Ho.
H1c. Anyang terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan.
H1d. Di bandar ini terdapat istana, kuil, dan pusat pentadbiran.
H1e. Ketua pemerintah, iaitu raja, golongan pembesar, dan golongan agama juga tinggal di kawasan bandar.
H1f. Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.

F2 Organisasi Sosial

H2a. Susun lapis dalam organisasi sosial masyarakat Shang memperlihatkan golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh raja.
H2b. Sedangkan lapisan bawahan, iaitu golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk, mendiami kawasan di luar bandar, iaitu di sekeliling negara kota ini.
H2c. Dalam lapisan ini terdapat juga golongan artisan. Golorigan ini wujud sebahagian besarnya disebabkan oleh kemahiran yang muncul dalam tamadun Shang, iaitu penguasaan mereka dalam teknologi gangsa.
H2d. Gangsa telah digunakan bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera, serta peralatan untuk upacara keagamaan.
H2e. Oleh sebab golongan pembesar sahaja yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa ini, maka, golongan ini telah dapat menggunakan keistimewaan mereka ini untuk menundukkan golongan bawahan.
H2f. Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba. Perhambaan merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang.

F3 Pengkhususan Pekerjaan

H3a. Sistem organisasi sosial yang wujud telah membawa kepada pengkhususan pekerjaan.
H3b. Sebagaimana yang dijelaskan di atas, golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing. Terdapat dua kumpulan tentera, iaitu tentera yang menggunakan kereta kuda dan tentera berjalan kaki.
H3c. Di samping itu, golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan.
H3d. Golongan inilah yang telah membentuk kumpulan artisan. Golongan artisan ini telah mereka cipta pelbagai barangan ternbaga seperti bekas minuman dan makanan, serijata, dan barang tembikar.
H3e. Golongan hamba pula berfungsi sebagai tentera paksaan selain digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan, dan untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan.

F4 Sistem Pemerintahan

H4a. Sistem pemerintahan Dinasti Shang berbentuk pemerintahan beraja dan pengganti raja selalunya dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.
H4b. Raja-raja Shang mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial dan agama. Raja-raja ini berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.
H4c. Masyarakat tamadun ini percaya yang kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan dan raja-raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama.
H4d. Dalam urusan pentadbiran raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan. Bagi wilayah di luar pusat pentadbiran, pemerintahan Dinasti Shang dibantu oleh golongan bangsawan. Golorigan bangsawan ini dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya.
H4e. Oleh itu, golongan bangsawan ini berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang. Sistem yang sama telah diasimilasikan oleh Dinasti Chou apabila mereka mengambil alih pemerintahan Shang.
H4f. Raja-raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini. Raja-raja Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintah Chou, di samping memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.
H4g. Mereka juga diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.
H4h. Pembesar tempatan juga diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua. agama untuk menjalankan upacara pengorbanan.

F5 Agama

H5a. Dari segi agama dan keperluan, masyarakat tamadun Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politeisme.
H5b. Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang. Selain itu, mereka juga menyembah tuhan syurga. (Shang-ti) dan tuhan bumi (Tu), di samping penyembahan terhadap sungai, bukit dan gunung.
H5c. Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian, dan upacara korban. Upacara penyembahan ini akan diketuai oleh golongan bomoh.
H5d. Satu lagi keunikan tamadun ini ialah jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di Anyang. Tulang yang ditemui ini dikenali sebagai tulang oracle.
H5e. Fungsi tulang orade adalah untuk meramal sesuatu keadaan. Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan ini akan meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan dan rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.
H5f. Amalan penilikan tulang oracle ini membawa kepada kemunculan sistem tulisan awal di China. Rekahan-rekahan pada tulang ini menimbulkan idea masyarakat tempatan untuk mencipta tulisan.

F6 Sistem Tulisan

H6a. Tulisan China ini berbentuk ideograni, iaitu tulisan berbentuk simbol.
H6b. Tulisan asal ini kebanyakannya mempunyai garnbar seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai.
H6c. Namun demikian, tulisan ini mula berubah kepada bentuk yang lebih kompleks seperti yang terdapat pada hari ini.

1 comment: