Tuesday, January 25, 2011

Sebab-sebab Pemimpin Tempatan Menentang British

F1 : Dasar Penaklukan British
H1a. penaklukan British bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.
H1b. Kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya.
H1c. Misalnya, apabila British mendapat Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti.

F2 : Hasrat Mereka Untuk Menguasai Ekonomi Tempatan Bagi Kepentingan Mereka.
H2a. dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh mereka dengan pemimpin tempatan.
H2b. Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah.
H2c. Hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

F3: British Telah Memaksakan Sistem Pentadbiran Barat Kepada Penduduk Tempatan.
H3a. British telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
H3b. Di Terengganu, penentangan berlaku kerana British telah menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mestilah mendapat keizinan mereka dan dikenakan cukai tanah.
H3c. Peraturan bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan yang membolehkan mereka membuka tanah mengikut keperluan mereka tanpa membayar cukai.

F4 : Campur Tangan British Dalam Adat Resam Tempatan.
H4a. Sebagai penjajah, British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.
H4b. Di Perak, J.W.W. Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu yang diamalkan selama ini, iaitu amalan menggunakan orang suruhan.
H4c. Tindakan beliau ini ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.

F5 : Pemimpin Tempatan Kehilangan Kuasa Dan Pengaruh Pentadbiran Terhadap Kawasan Dan Anak Buah Mereka
H5a. Kebanyakan pemimpin tempatan itu telah dilantik oleh sultan ataupun oleh masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut.
H5b. Dengan pelantikan itu mereka berkuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial.
H5c. Namun, penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa.

8 comments:

  1. Terima kasih Cikgu. Maklumat yang sangat berguna kepada saya untuk belajar Sejarah.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sangat sangat dapatlah saya pelajari sejarah dengan lebih mendalam

    ReplyDelete
  3. Terima kasih banyak² cikgu sebab memudahkan saya memahami tajuk ini :)

    ReplyDelete
  4. Seribu-ribuan terima kasih, cikgu kerana memudahkan saya memahami tajuk ini dengan lebih teliti.

    ReplyDelete
  5. Yeaayyy amat membantu 🤘🤘

    ReplyDelete