Wednesday, January 5, 2011

Makna Tamadun

Bahasa Arab
= mudun = madain = madana = dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.

Bahasa Inggeris
= civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar.

Sudut Tamadun
boleh diertikan sebagai peradaban.

masyarakat Barat
tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran.

Pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Gordon Childe,
pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.

Darcy Riberio dan R.A. Buchanan
menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.

Menurut Islam
tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.

Pandangan Syed Naquib al-Attas
tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.

Richard Sullivan
mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.

Secara umumnya
konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.

1 comment: