Tuesday, January 11, 2011

Sumbangan Tamadun Mesopotamia

F1 Undang-Undang Hammurabi

H1a. Kod undang-undang ini digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon.
H1b. Undang-undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
H1c. Mengikut kod ini, hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat.
H1d. Kod ini mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar, oleh itu rakyat dapat membaca undang-undang tersebut.
H1e. Kod Undang-Undang Hammurabi telah menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia.
H1f. Undang-undang ini telah berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan juga di kalangan susun lapis masyarakat ifu sendiri.
H1g. Undang-undang ini telah dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut.
H1h. Kod ini juga telah membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang, iaitu dari tahun 3500 S.M. hingga tahun 539 S.M.

F2 Sistem Tulisan

H2a. Kewujudan sistem tulisan telah membawa kepada sistern pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan jurutulis.
H2b. Kehadiran jurutulis ini membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat supaya dapat direkodkan.
H2c. Dalam perdagangan, kesemua urusan jual belinya disertakan dengan resit, nota, dan surat kredit.
H2d. Di samping itu, sistern tulisan ini juga telah melahirkan tradisi kesusasteraan.
H2e. Antara hasil kesusasteraannya yang terkenal termasuklah epik Gilgamesh yang merupakan hasil kesusasteraan yang tertua di dunia. Epik ini mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.

F3 Ilmu Astronomi

H3a. Tamadun Mesopotamia juga menyumbang kepada perkembangan ilmu astronomi.
H3b. Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang, dan matahari telah membawa kepada perkembangan ilmu matematik seperti sistern mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi, dan punca ganda dua yang kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri.

F4 Kalendar

H4a. Penguasaan dalam bidang astronomi juga telah membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta kalendar yang berasaskan sistern solar yang menganclungi 12 bulan dalam satu tahun.

F5 Ilmu Perubatan

H5a. Perkembangan ilmu perubatan mendapat perhatian khusus semasa pemerintahan kerajaan Assyria kerana kerajaan ini begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya.
H5b. Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya.
H5c. Cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan juga telah dicatatkan sebagai panduan kepada pengamal perubatan.

F6 Penciptaan Roda

H6a. Roda digunakan dalam menghasilkan kereta kuda sama ada untuk tujuan peperangan atau kegunaan pada masa aman.
H6b. Penciptaan roda membolehkan orang Mesopotamia mencipta kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus dan meningkatkan hasil pertanian di samping mengawal banjir.

F7 Pengangkutan

H7a. Tamadun Mesopotamia juga telah menyumbangkan ciptaan alat pengangkutan yang terawal kepada dunia.
H7b. Orang Sumeria telah menggunakan kapal layar serta pangangkutan beroda sejak tahun 3000 S.M..
H7c. Oleh itu, mereka mampu menguasai jalan darat serta jalan laut sehingga mereka dapat berhubung dengan wilayah di India serta wilayah di kawasan Laut Mediterranean.

F8 Batu Bata

H8a. Tamadun Mesopotamia memperkenalkan kepada dunia cara membuat batu bata daripada tanah hat.
H8b. Dalam seni bina, mereka telah mencipta arca dan tiang batu. Contoh arca tersebut ialah patung Raja Gudea. Arca dan tiang batu dapat dilihat dalam seni bina zigurat.

F9 Pembentukan Empayar

H9a. Kepimpinan berwibawa Raja Sargon telah berjaya mewujudkan kerajaan Akkad, iaitu empayar pertama di dunia.
H9b. Ini adalah kerana Raja Sargon berjaya menakluk dan menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria di selatan Mesopotamia.
H9c. Beliau merupakan perintis kepada pembentukan sebuah empayar yang kemudiannya menjadi ikutan pemerintah seterusnya seperti Firaun Tutmose III pada zaman Mesir Purba.
F10 Pembentukan Sebuah Masyarakat Yang Lebih Berestetika
H10a. Mesopotamia bukan saja menyumbang kepada pembentukan sebuah sistem pemerintahan tetapi juga pembentukan sebuah masyarakat yang lebih berestetika.

8 comments: