Tuesday, January 11, 2011

Tamadun Mesopotamia

Proses Pembentukan

1. Orang Sumeria telah berhijrah ke wilayah ini
2. dan membina petempatan
3. serta menjalankan aktiviti pertanian
4. melalui kerja menebus guna tanah
5. dengan membina sistem pengairan
6. yang membolehkan mereka mengawal pengaliran air sungai.
7. Aktiviti ini telah membawa kepada lebihan penghasilan makanan yang mampu menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.
8. Petempatan awal yang berbentuk perkampungan ini
9. kemudiannya berkembang secara evolusi kepada bandar
10. dan seterusnya kepada beberapa buah negara kota
11. seperti Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari.
12. Kesemua negara kota ini terletak di sepanjang sungai dan terusan.

Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia

Negara Kota


1. Setiap negara kota di Mesopotamia mempunyai ciri fizikal yang tersendiri.
2. Setiap negara kota itu terbahagi kepada kawasan utarna, iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan.
3. Setiap negara kota ini juga mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan sesebuah kota.
4. Di dalam kota pula terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai, dan pasar dengan kebanyakan jalannya berkeadaan lurus dan lebar.
5. Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat pada masa itu.
6. Setiap kota juga mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri.
7. Kewujudan sungai serta kawasan tanah pamah telah memudahkan pen-angkutan dengan kapal, pedati dan keldai.
8. Melalui jalan laut, bandar atau negara kota ini mudah dihubungi oleh wilayah di sekitarnya.
9. Antara jalan penghubung utama termasuklah jalan yang menghubungkan Sumeria dan kota Mari yang digunakan oleh pedagang dari luar Mesopotamia.

Organisasi Sosial

10. Masyarakat negara kota terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat,
11. Golongan pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera, dan orang bangsawan.
12. Golongan rakyat terbahagi kepada dua, iaitu rakyat bebas seperti petani, artisan serta pedagang, dan hamba yang terdiri daripada tawanan perang.
13. Dalam tamadun Mesopotamia, raja merupakan pemerintah.
14. Sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia berbentuk teokrasi.
15. Di bawah sistem ini, raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilik negara kota.
16. Walaupun raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan tetapi masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja mereka sebagai tuhan kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin (2291 - 2255 S.M.) di Akkad.
17. Beliau telah memaksa penduduk Akkad menyembahnya sebagai tuhan.
18. Ini adalah disebabkan beliau menganggap dirinya terlalu agung kerana berjaya menguasai wilayah yang luas sehingga beliau menggelarkan dirinya sebagai "Raja Empat Penjuru Alam".
19. Raja juga menjadi ketua pentadbir, ketua tentera, dan ketua pendeta yang berkuasa dalam hal keagamaan.
20. Raja Mesopotamia juga bertindak sebagai ketua agama dan beliau berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk mernegang jawatan di zigurat serta menentukan bentuk pentadbirannya.
21. Ini adalah kerana zigurat berfungsi sebagai pusat ibadat, pusat perdagangan serta pusat penyimpanan khazanah negara.
22. Di samping itu, beliau juga amat berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian dan perniagaan. Beliau dibantu oleh para pegawai yang kebanyakannya terdiri daripada golongan bangsawan dan yang mempunyai ikatan dengan keluarga diraja.

Pengkhususan Kerja

23. Kepelbagaian kegiatan ekonomi atau pengkhususan kerja di Mesopotamia berlaku apabila wujudnya Iebihan hasil pertanian. Ini menyebabkan terdapat anggota masyarakat yang meninggalkan pekerjaan sebagai petani untuk menjadi peniaga, pedagang dan artisan.
24. Perdagangan yang telah dikendalikan bukan hanya dengan wilayah di sekitar Mesopotamia tetapi juga dengan kawasan di Lembah Indus.
25. Perdagangan amat penting bagi Mesopotamia kerana lembah ini tidak menghasilkan banyak bahan mentah. Oleh itu, barangan seperti logam, kayu-kayan, emas, dan perak dibawa masuk untuk ditukar dengan hasil pertanian yang dikeluarkan oleh lembah ini.
26. Selain itu, terdapat pengusaha atau pembuat tekstil, barang tembikar, dan alat keperluan harian. Malah ada yang menjadi tukang rumah kerana pertambahan penduduk di negara kota telah menimbulkan keperluan rumah kediaman yang lebih banyak.
27. Terdapat sebilangan anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai tentera untuk mempertahankan negara kota daripada serangan musuh.

Sistem Tulisan

28. Dalam proses pembentukan tamadun ini, ilmu pengetahuan juga turut berkembang.
29. Ini telah membawa kepada kewujudan sistem tulisan yang bermula dalam bentuk tulisan bergambar.
30. Sistem ini kemudiannya berkembang kepada tulisan berbentuk simbol yang ditulis pada tanah liat kerana pada masa itu bahan untuk membuat kertas belum wujud di Mesopotamia.
31. Tulisan pada tanah liat ini berbentuk pepaku dan dikenali sebagai cuneiform.

No comments:

Post a Comment