Wednesday, January 5, 2011

Zaman Prasejarah

Maksud
zaman manusia belum mengenali sistem tulisan

Ciri-ciri Zaman Paleolotik dan Mesolitik
1. hidup secara nomad/ berpindah randah
2. tinggal di kawasan tepi tasik, tepi sungai atau di dalam gua
3. hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan
4. menyara hidup dengan memungut hasil hutan, memburu binatang dan menangkap ikan
5. alat batu yang dicipta mementingkan fungsi daripada nilai estetika

Ciri-ciri zaman neolitik
1. mula tinggal menetap
2. hidup dalam kelompok yang besar
3. alat batu telah dilicinkan dan mempunyai pelbagai fungsi
4. bahan tembikar
5. wujud pembahagian tugas / pengkhususan kerja
6. berjaya memikirkan cara meleburkan logam
7. melahirkan sistem pertukaran barang/ sistem barter

Ciri-ciri zaman logam
1. penggunaan alat daripada logam
2. berjaya mencipta perahu dan rumah
3. dapat meneroka lautan
4. meningkatkan kegiatan perdagangan maritim
5. muncul petempatan besar dan kota pertahanan
6. petempatan besar bekembang menjadi bandar atau kota (contoh : Jericho di Jordan dan Catal Huyuk di Turki)

1 comment: