Sunday, February 6, 2011

Aspek Peningkatan Tamadun : Pemerintahan dan Pentadbiran

Tamadun Yunani

Dalam tamadun Yunani telah wujud beberapa bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh sesebuah negara kota. Bentuk pemerintahan tersebut mengalami pelbagai perubahan daripada monarki, oligarki, aristokrasi, diktator (tirani), dan akhirnya kepada demokrasi. Kewujudan pelbagai bentuk pemerintahan ini menunjukkan orang Yunani sentiasa berusaha meningkatkan aspek pemerintahan dan pentadbiran negara kota mereka.

F1. Sistem Beraja

H1a. Sebelum sistem demokrasi diperkenalkan, Athens mengamalkan sistem beraja.
H1b. Dalam sistem ini, raja dibantu oleh sebuah badan yang dinamakan konsul.
H1c. Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera, dan ketua agama.
H1d. Apabila kuasa konsul menjadi kuat, peranan raja sebagai ketua tentera, ketua hakim, dan ketua agama merosot.
H1e. Akibatnya, lahir sistem raja yang dipilih tetapi kuasanya amat terhad.
h1f. Ini adalah kerana dalam sistem ini pemerintahan dikuasai oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya.

F2. Sistem Oligarki

H2a. Sistem pemerintahan oleh beberapa orang konsul seperti ini dinamakan oligarki.

F3. Aritokrasi

H3a. Daripada kalangan konsul ini lahir pula golongan aristokrat yang kuat.
H3b. Mereka. memiliki kuasa yang besar dan pernerintahan oleh golongan aristokrat ini dinamakan aristokrasi.

F4. Tirani

H4a. Akibat rasa tidak puas hati rakyat terhadap pemerintahan berbentuk aristokrasi, muncul pula golongan yang menuntut hak dan ini telah menyebabkan berlakunya rampasan kuasa.
H4b. Keadaan ini telah membawa kepada pemerintahan berbentuk tirani oleh diktator.
h4c. Biasanya, diktator bukan daripada golongan aristokrat tetapi daripada golongan kaya atau tentera.
H4c Walaupun rakyat biasa menyokong rampasan kuasa tersebut, tetapi tindakan itu telah ditentang oleh golongan aristokrat.

F5. Demokrasi

H5a. Oleh itu, lahir pula sistem demokrasi.
H5b. Dalam. sistem demokrasi ini terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis.
H5c. Semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun.
H5d. Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan dan setiap ahli Dewan ini boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan.
H5e. Segala keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis.
H5f. Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan. Oleh itu, Dewan mempunyai kuasa penuh terhadap ketiga-tiganya.
H5g. Walaupun sistem demokrasi diamalkan di Athens, tetapi sistem ini tidak berlaku di negara kota yang mengamalkan sistem beraja yang berkuasa mutlak.

F6. Sistem Pemerintahan Tentera.

H6a. Jika demokrasi diamalkan di Athens, di Sparta pula, sistem pemerintahan tentera telah diamalkan.
H6b. Dengan ini sistem pertahanan telah diberikan perhatian yang penting.
H6c. Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik dan sistem latihan ini telah menyebabkan Sparta berjaya melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi lagi handal.

Tamadun Rom

F1. Sistem Beraja

H1a. Dalam tamadun Rom pula, pemerintahannya telah bermula dengan sistem beraja dari tahun 753 S.M. lagi.
H1b. Pada masa itu, Rom diperintah secara mutlak oleh raja-raja berketurunan Etruscan yang bukan berasal daripada kalangan masyarakat Latin tempatan.
H1c. Pemerintahan secara mutlak oleh raja-raja Etruscan ini tidak disenangi oleh masyarakat Latin.
H1d. Oleh itu, masyarakat Latin dengan pimpinan golongan bangsawan yang dikenali sebagai patrician telah bangun memberontak.

F2. Sistem Republik

H2a. Rom kemudiannya membentuk sebuah republik pada tahun 509 S.M..
H2b. Dalam sistem republik, tiada pemerintah berkuasa mutlak.
H2c. Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat untuk sesuatu tempoh.
H2d. Dengan adanya dua orang konsul ini, maka, antara mereka tidak ada yang lebih berkuasa.
H2e. Konsul dibantu oleh Dewan Senat yang diwakili oleh golongan bangsawan bagi membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan merangka perundangan.
H2f. Kebiasaannya, sebelum seseorang ahli Dewan Senat dilantik sebagai konsul, beliau ialah praeotor, iaitu pemerintah tentera.
H2g. Di bawah Dewan Senat pula ialah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat Rom.
H2h. Segala keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan.

F3. Pemerintahan Bercorak Empayar

H3a. Sistem republik di Rom ini telah berubah apabila Rom mencapai taraf empayar di bawah pemerintahan Julius Caesar.
H3b. Perubahan ini berlaku setelah beliau dapat meluaskan kuasanya ke Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Brittania (Britain) dan beberapa kawasan di Jerman.
H3c. Pemerintahan bercorak empayar telah menunjukkan peningkatan dengan terbentuknya sistem pentadbiran berpusat, iaitu kesan penyatuan wilayah-wilayah kecil yang ditaklukinya.
H3d. Julius Caesar telah menamatkan sistem republik dan menjadi diktator. Beliau menguasai angkatan tentera dan Senat serta menggunakan gelaran maharaja.
H3e. Gelaran maharaja ini telah diteruskan oleh Augustus yang memerintah dari tahun 27-14 S.M..
H3e. Walaupun memerintah sebagai maharaja, namun, beliau berjaya membawa keamanan dan keagungan kepada empayar Rom.
H3f. Keamanan yang wujud pada zaman Augustus kekal selama 200 tahun.
H3g. Zaman kegemilangan ini digelar sebagai Pax Romatia (Keamanan Rom).
H3h. Augustus dapat membawa keamanan dan kesejahteraan kepada empayarnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa Dalam tiga buah benua, iaitu Asia, Afrika dan Eropah.

Tamadun India

F1. Sistem Beraja.

H1a. Pada tahap awal pembentukannya, iaitu antara tahun 600 - 320 S.M., tamadun India mempunyai dua bentuk kerajaan, iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar.
H1b. Kerajaan kecil masih bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja.
H1c. Manakala kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala dan Magadha.
H1d. Dalam tamadun ini, sememangnya raja mengamalkan kuasa mutlak.
H1e. Kedudukan seseorang raja ini kemudiannya diperkukuh dengan pelbagai bentuk upacara ritual yang berasaskan kepercayaan bahawa seseorang raja itu adalah suci dan harus dihormati.
H1f. Golongan Brahmin yang bertindak sebagai penasihat memainkan peranan penting dan ini diikuti dengan golongan Ksyatria yang menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan.

F2. Pemerintahan Berbentuk Empayar

H2a. . Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, Chandragupta Maurya telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India dari tahun 321-185 S.M..
H2b. Hal ini telah mengubah status raja kepada maharaja.
H2c. Empayar Maurya meliputi kawasan dari Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush.
H2d. Ibu negaranya terletak di Pataliputra.
H2e. Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah pada masa pemerintahan Maharaja Asoka, iaitu dari tahun 273 - 232 S.M.. Penilaian itu dibuat berasaskan kejayaan Asoka menamatkan perang saudara. selepas Kematian ayahnya, Bindusara, dan menakluk negeri Kalinga yang memiliki penduduk yang ramai di India.
H2f. Selepas Perang Kalinga, Asoka. lebih menekankan kedamaian dan kemajuan sosial serta menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha dan tidak lagi menerusi ketenteraan.
H2g. Walaupun beliau merupakan maharaja berkuasa mutlak tetapi beliau telah membentuk birokrasi pentadbiran untuk menjalankan pemerintahannya.

Tamadun China

F1. Sistem Pentadbiran Berpusat

H1a. Dalam tamadun China perluasan kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk sistem feudal kepada pernerintahan berbentuk sistem pentadbiran berpusat.

F2. Pemerintahan Bercorak Empayar

H2a. Perluasan kuasa ini juga telah melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin dari tahun 221-206 S.M..
H2b. Pada. masa ini, konsep raja telah bertukar kepada maharaja.

F3. Sistem Birokrasi

H3a. Pemerintahan oleh maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pentadbiran atau birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja.
H3b. Mereka yang dilantik terdiri daripada rakyat dan pelantikan tersebut dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam, iaitu Hon Kao Tsu.
H3c. Pelantikan pegawai-pegawai ini diasaskan pada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam.
H3d. Sistem ini diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti lain.
H3e. Tokoh penting yang memainkan peranan dalam hal ini ialah Shi Huang Ti.

8 comments: