Sunday, February 6, 2011

Aspek Peningkatan Tamadun : Pemerintahan dan Pentadbiran

Tamadun Yunani

Dalam tamadun Yunani telah wujud beberapa bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh sesebuah negara kota. Bentuk pemerintahan tersebut mengalami pelbagai perubahan daripada monarki, oligarki, aristokrasi, diktator (tirani), dan akhirnya kepada demokrasi. Kewujudan pelbagai bentuk pemerintahan ini menunjukkan orang Yunani sentiasa berusaha meningkatkan aspek pemerintahan dan pentadbiran negara kota mereka.

F1. Sistem Beraja

H1a. Sebelum sistem demokrasi diperkenalkan, Athens mengamalkan sistem beraja.
H1b. Dalam sistem ini, raja dibantu oleh sebuah badan yang dinamakan konsul.
H1c. Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera, dan ketua agama.
H1d. Apabila kuasa konsul menjadi kuat, peranan raja sebagai ketua tentera, ketua hakim, dan ketua agama merosot.
H1e. Akibatnya, lahir sistem raja yang dipilih tetapi kuasanya amat terhad.
h1f. Ini adalah kerana dalam sistem ini pemerintahan dikuasai oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya.

F2. Sistem Oligarki

H2a. Sistem pemerintahan oleh beberapa orang konsul seperti ini dinamakan oligarki.

F3. Aritokrasi

H3a. Daripada kalangan konsul ini lahir pula golongan aristokrat yang kuat.
H3b. Mereka. memiliki kuasa yang besar dan pernerintahan oleh golongan aristokrat ini dinamakan aristokrasi.

F4. Tirani

H4a. Akibat rasa tidak puas hati rakyat terhadap pemerintahan berbentuk aristokrasi, muncul pula golongan yang menuntut hak dan ini telah menyebabkan berlakunya rampasan kuasa.
H4b. Keadaan ini telah membawa kepada pemerintahan berbentuk tirani oleh diktator.
h4c. Biasanya, diktator bukan daripada golongan aristokrat tetapi daripada golongan kaya atau tentera.
H4c Walaupun rakyat biasa menyokong rampasan kuasa tersebut, tetapi tindakan itu telah ditentang oleh golongan aristokrat.

F5. Demokrasi

H5a. Oleh itu, lahir pula sistem demokrasi.
H5b. Dalam. sistem demokrasi ini terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis.
H5c. Semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun.
H5d. Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan dan setiap ahli Dewan ini boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan.
H5e. Segala keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis.
H5f. Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan. Oleh itu, Dewan mempunyai kuasa penuh terhadap ketiga-tiganya.
H5g. Walaupun sistem demokrasi diamalkan di Athens, tetapi sistem ini tidak berlaku di negara kota yang mengamalkan sistem beraja yang berkuasa mutlak.

F6. Sistem Pemerintahan Tentera.

H6a. Jika demokrasi diamalkan di Athens, di Sparta pula, sistem pemerintahan tentera telah diamalkan.
H6b. Dengan ini sistem pertahanan telah diberikan perhatian yang penting.
H6c. Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik dan sistem latihan ini telah menyebabkan Sparta berjaya melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi lagi handal.

Tamadun Rom

F1. Sistem Beraja

H1a. Dalam tamadun Rom pula, pemerintahannya telah bermula dengan sistem beraja dari tahun 753 S.M. lagi.
H1b. Pada masa itu, Rom diperintah secara mutlak oleh raja-raja berketurunan Etruscan yang bukan berasal daripada kalangan masyarakat Latin tempatan.
H1c. Pemerintahan secara mutlak oleh raja-raja Etruscan ini tidak disenangi oleh masyarakat Latin.
H1d. Oleh itu, masyarakat Latin dengan pimpinan golongan bangsawan yang dikenali sebagai patrician telah bangun memberontak.

F2. Sistem Republik

H2a. Rom kemudiannya membentuk sebuah republik pada tahun 509 S.M..
H2b. Dalam sistem republik, tiada pemerintah berkuasa mutlak.
H2c. Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat untuk sesuatu tempoh.
H2d. Dengan adanya dua orang konsul ini, maka, antara mereka tidak ada yang lebih berkuasa.
H2e. Konsul dibantu oleh Dewan Senat yang diwakili oleh golongan bangsawan bagi membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan merangka perundangan.
H2f. Kebiasaannya, sebelum seseorang ahli Dewan Senat dilantik sebagai konsul, beliau ialah praeotor, iaitu pemerintah tentera.
H2g. Di bawah Dewan Senat pula ialah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat Rom.
H2h. Segala keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan.

F3. Pemerintahan Bercorak Empayar

H3a. Sistem republik di Rom ini telah berubah apabila Rom mencapai taraf empayar di bawah pemerintahan Julius Caesar.
H3b. Perubahan ini berlaku setelah beliau dapat meluaskan kuasanya ke Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Brittania (Britain) dan beberapa kawasan di Jerman.
H3c. Pemerintahan bercorak empayar telah menunjukkan peningkatan dengan terbentuknya sistem pentadbiran berpusat, iaitu kesan penyatuan wilayah-wilayah kecil yang ditaklukinya.
H3d. Julius Caesar telah menamatkan sistem republik dan menjadi diktator. Beliau menguasai angkatan tentera dan Senat serta menggunakan gelaran maharaja.
H3e. Gelaran maharaja ini telah diteruskan oleh Augustus yang memerintah dari tahun 27-14 S.M..
H3e. Walaupun memerintah sebagai maharaja, namun, beliau berjaya membawa keamanan dan keagungan kepada empayar Rom.
H3f. Keamanan yang wujud pada zaman Augustus kekal selama 200 tahun.
H3g. Zaman kegemilangan ini digelar sebagai Pax Romatia (Keamanan Rom).
H3h. Augustus dapat membawa keamanan dan kesejahteraan kepada empayarnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa Dalam tiga buah benua, iaitu Asia, Afrika dan Eropah.

Tamadun India

F1. Sistem Beraja.

H1a. Pada tahap awal pembentukannya, iaitu antara tahun 600 - 320 S.M., tamadun India mempunyai dua bentuk kerajaan, iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar.
H1b. Kerajaan kecil masih bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja.
H1c. Manakala kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala dan Magadha.
H1d. Dalam tamadun ini, sememangnya raja mengamalkan kuasa mutlak.
H1e. Kedudukan seseorang raja ini kemudiannya diperkukuh dengan pelbagai bentuk upacara ritual yang berasaskan kepercayaan bahawa seseorang raja itu adalah suci dan harus dihormati.
H1f. Golongan Brahmin yang bertindak sebagai penasihat memainkan peranan penting dan ini diikuti dengan golongan Ksyatria yang menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan.

F2. Pemerintahan Berbentuk Empayar

H2a. . Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, Chandragupta Maurya telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India dari tahun 321-185 S.M..
H2b. Hal ini telah mengubah status raja kepada maharaja.
H2c. Empayar Maurya meliputi kawasan dari Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush.
H2d. Ibu negaranya terletak di Pataliputra.
H2e. Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah pada masa pemerintahan Maharaja Asoka, iaitu dari tahun 273 - 232 S.M.. Penilaian itu dibuat berasaskan kejayaan Asoka menamatkan perang saudara. selepas Kematian ayahnya, Bindusara, dan menakluk negeri Kalinga yang memiliki penduduk yang ramai di India.
H2f. Selepas Perang Kalinga, Asoka. lebih menekankan kedamaian dan kemajuan sosial serta menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha dan tidak lagi menerusi ketenteraan.
H2g. Walaupun beliau merupakan maharaja berkuasa mutlak tetapi beliau telah membentuk birokrasi pentadbiran untuk menjalankan pemerintahannya.

Tamadun China

F1. Sistem Pentadbiran Berpusat

H1a. Dalam tamadun China perluasan kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk sistem feudal kepada pernerintahan berbentuk sistem pentadbiran berpusat.

F2. Pemerintahan Bercorak Empayar

H2a. Perluasan kuasa ini juga telah melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin dari tahun 221-206 S.M..
H2b. Pada. masa ini, konsep raja telah bertukar kepada maharaja.

F3. Sistem Birokrasi

H3a. Pemerintahan oleh maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pentadbiran atau birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja.
H3b. Mereka yang dilantik terdiri daripada rakyat dan pelantikan tersebut dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam, iaitu Hon Kao Tsu.
H3c. Pelantikan pegawai-pegawai ini diasaskan pada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam.
H3d. Sistem ini diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti lain.
H3e. Tokoh penting yang memainkan peranan dalam hal ini ialah Shi Huang Ti.

Latar Belakang Tamadun Yunani, Rom, India dan China

Tamadun Yunani

F1. Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitamya yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean.
f2. Tamadun ini bermula dengan pembentukan petempatan manusia yang dikenali sebagai negara kota atau polis.
F3. Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan bandar pada sekitar tahun 1000 - 800 S.M..
F4. Terdapat banyak negara kota pada zaman Yunani dan setiap negara kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan pertanian dan di dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil. dan istana.
F5. Walaupun terdapat banyak negara kota di Yunani tetapi yang paling menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth.
F6. Ketiga-tiga negara kota tersebut terletak berhampiran dengan Laut Mediterranean.
F7. Setiap negara kota memiliki corak pemerintahan dan undang-undang tersendiri
F8. selain turut memiliki beberapa tuhan.
F9. Masyarakat Dalam setiap negara kota itu sentiasa bersatu padu, walaupun begitu, peperangan sering berlaku antara negaranegara kota tersebut.

Tamadun Rom

F1. Tamadun Rom lahir di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber, di Lembah Latium.
F2. Lembah ini didiami oleh masyarakat Latin.
F3. Semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753 S.M., lembah ini telah berkembang dan menjadi penting.
F4. Pada abad kedua Masihi, pemerintahan Rom telah mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar.
F5. Majlis perbandaran tersebut akan menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom.
F6. Kewujudan majlis perbandaran juga telah membawa kepada kemajuan dan keselesaan hidup di bandar.
F7. Pembinaan bandarnya adalah terancang dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat berdialog (forum), rumah mandi awam dan istana.
F8. Antara bandar di bawah pemerintahan Rom termasuklah Pompei yang merupakan bandar contoh disebabkan wujudnya pelbagai kemudahan di bandar ini. Misalnya, di Pompei terdapat pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah ibadat, kedai, pintu gerbang dan colloseum (binaan bulat tanpa atap, tempat pertandingan bagi pahlawan Rom).
F9. Pada tahun 80 M., bandar Pompei mempunyai penduduk seramai 50 000 orang.
F10. Selain itu, terdapat juga sistern saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip sejauh 165 kilometer yang melibatkan 14 buah saliran atau terusan.
F11. Dengan adanya saliran tersebut, bekalan air dapat diberikan kepada penduduk di Pompei pada waktu aman dan semasa peperangan, selain digunakan untuk tujuan perindustrian dan pengangkutan.


Tamadun India

F1. Tamadun Indus telah melalui satu era kecemerlangan antara tahun 2500 - 1800 S.M..
F2. Selepas tempoh ini tamadun Indus telah mengalami keruntuhan.
F3. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus.
F4. Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Nama Vedik ini diambil sempena kelahiran kitab-kitab Veda.
F5. Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu.
F7. Setelah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.
F8. Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.
F9. Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil dan mahajanapada atau kerajaan besar.
F10. Di bawah pernerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan.
F11. Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India.
F12. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India utara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka.

Tamadun China

F1. Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China.
F2. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin.
F3. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China.
F4. Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M
F5. Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan beliau berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah empayar.
F6. Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam.
F7. Zaman empayar merupakan zaman berlakunya banyak peperangan dan perluasan kuasa dengan jajahan takluk yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.

Tuesday, January 25, 2011

Sebab-sebab Pemimpin Tempatan Menentang British

F1 : Dasar Penaklukan British
H1a. penaklukan British bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.
H1b. Kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya.
H1c. Misalnya, apabila British mendapat Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti.

F2 : Hasrat Mereka Untuk Menguasai Ekonomi Tempatan Bagi Kepentingan Mereka.
H2a. dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh mereka dengan pemimpin tempatan.
H2b. Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah.
H2c. Hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

F3: British Telah Memaksakan Sistem Pentadbiran Barat Kepada Penduduk Tempatan.
H3a. British telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
H3b. Di Terengganu, penentangan berlaku kerana British telah menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mestilah mendapat keizinan mereka dan dikenakan cukai tanah.
H3c. Peraturan bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan yang membolehkan mereka membuka tanah mengikut keperluan mereka tanpa membayar cukai.

F4 : Campur Tangan British Dalam Adat Resam Tempatan.
H4a. Sebagai penjajah, British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.
H4b. Di Perak, J.W.W. Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu yang diamalkan selama ini, iaitu amalan menggunakan orang suruhan.
H4c. Tindakan beliau ini ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.

F5 : Pemimpin Tempatan Kehilangan Kuasa Dan Pengaruh Pentadbiran Terhadap Kawasan Dan Anak Buah Mereka
H5a. Kebanyakan pemimpin tempatan itu telah dilantik oleh sultan ataupun oleh masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut.
H5b. Dengan pelantikan itu mereka berkuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial.
H5c. Namun, penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa.

Sumbangan Tamadun Hwang Ho

F1 Sistem pemerintahan

H1a. Dari segi politik, tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno. Sistem pemerintahan monarki telah diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching.
H1b. Hanya sedikit perubahan dilakukan terutama gelaran raja ditukar kepada maharaja.
H1c. Konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja (maharaja) dan amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke-20.

F2 Aspek ekonomi

H2a. Salah satu aspeknya ialah pembinaan sistem pengairan. Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang, pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian.
H2b. Oleh itu, terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain mengelakkan berlakunya banjir. Sistem pengairan ini telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China. Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut.
H2b. Selain itu, pembangunan dalam sektor pertanian ini juga membawa kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit. Pada zaman ini juga petani mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman. Perubahan juga berlaku secara evolusi apabila petani China mula menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.

F3 Sistem Tulisan

H3a. Salah satu sumbangan penting tamadun ini ialah sistem tulisannya.
H3b. Sistem tulisan ini berkembang secara evolusi dan masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini.
H3c. Penggunaan tulisan ini adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan.
H3d. Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah di China.
H3e. Malahan tulisan ini terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun.

F4 Agama dan Kepercayaan

H4a. Salah satu kepercayaan yang masih berkekalan sehingga hari ini ialah pemujaan roh nenek moyang.
H4b. Unsur pemujaan yang telah dijalankan sejak zaman Shang ini telah diteruskan mengikut kesesuaian masa.
H4c. MisaInya, unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur makanan, duit kertas, dan barangan perhiasan.
H4d. Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini.


F5 Sistem Kalendar

H5a. Semasa pemerintahan Shang, sistem kalendar telah diperkenalkan, iaitu terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
H5b. Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.
H5c. Amalan menggunakan kalendar ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan, perburuan ataupun pengkebumian.

F6 Falsafah Perang

H6a. Selain itu, terdapat satu lagi sumbangan penting tamadun ini yang cuba digunakan sehingga hari ini, iaitu pengamalan falsafah perang Sun Tzu.
H6b. Karyanya, the Art of War yang membicarakan selok-belok perang dan bagaimana menyerang musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.
H6c. Pada hari ini, falsafah tersebut diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan permagaan.

Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho

F1 Petempatan Kekal

H1a. Petempatan awal yang berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan bandar-bandar.
H1b. Anyang merupakan salah satu contoh negara kota dalam tamadun Hwang Ho.
H1c. Anyang terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan.
H1d. Di bandar ini terdapat istana, kuil, dan pusat pentadbiran.
H1e. Ketua pemerintah, iaitu raja, golongan pembesar, dan golongan agama juga tinggal di kawasan bandar.
H1f. Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.

F2 Organisasi Sosial

H2a. Susun lapis dalam organisasi sosial masyarakat Shang memperlihatkan golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas yang diterajui oleh raja.
H2b. Sedangkan lapisan bawahan, iaitu golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk, mendiami kawasan di luar bandar, iaitu di sekeliling negara kota ini.
H2c. Dalam lapisan ini terdapat juga golongan artisan. Golorigan ini wujud sebahagian besarnya disebabkan oleh kemahiran yang muncul dalam tamadun Shang, iaitu penguasaan mereka dalam teknologi gangsa.
H2d. Gangsa telah digunakan bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera, serta peralatan untuk upacara keagamaan.
H2e. Oleh sebab golongan pembesar sahaja yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa ini, maka, golongan ini telah dapat menggunakan keistimewaan mereka ini untuk menundukkan golongan bawahan.
H2f. Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba. Perhambaan merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang.

F3 Pengkhususan Pekerjaan

H3a. Sistem organisasi sosial yang wujud telah membawa kepada pengkhususan pekerjaan.
H3b. Sebagaimana yang dijelaskan di atas, golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing. Terdapat dua kumpulan tentera, iaitu tentera yang menggunakan kereta kuda dan tentera berjalan kaki.
H3c. Di samping itu, golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan.
H3d. Golongan inilah yang telah membentuk kumpulan artisan. Golongan artisan ini telah mereka cipta pelbagai barangan ternbaga seperti bekas minuman dan makanan, serijata, dan barang tembikar.
H3e. Golongan hamba pula berfungsi sebagai tentera paksaan selain digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan, dan untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan.

F4 Sistem Pemerintahan

H4a. Sistem pemerintahan Dinasti Shang berbentuk pemerintahan beraja dan pengganti raja selalunya dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.
H4b. Raja-raja Shang mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial dan agama. Raja-raja ini berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.
H4c. Masyarakat tamadun ini percaya yang kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan dan raja-raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama.
H4d. Dalam urusan pentadbiran raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan. Bagi wilayah di luar pusat pentadbiran, pemerintahan Dinasti Shang dibantu oleh golongan bangsawan. Golorigan bangsawan ini dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya.
H4e. Oleh itu, golongan bangsawan ini berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang. Sistem yang sama telah diasimilasikan oleh Dinasti Chou apabila mereka mengambil alih pemerintahan Shang.
H4f. Raja-raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini. Raja-raja Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintah Chou, di samping memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.
H4g. Mereka juga diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.
H4h. Pembesar tempatan juga diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua. agama untuk menjalankan upacara pengorbanan.

F5 Agama

H5a. Dari segi agama dan keperluan, masyarakat tamadun Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politeisme.
H5b. Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang. Selain itu, mereka juga menyembah tuhan syurga. (Shang-ti) dan tuhan bumi (Tu), di samping penyembahan terhadap sungai, bukit dan gunung.
H5c. Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian, dan upacara korban. Upacara penyembahan ini akan diketuai oleh golongan bomoh.
H5d. Satu lagi keunikan tamadun ini ialah jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di Anyang. Tulang yang ditemui ini dikenali sebagai tulang oracle.
H5e. Fungsi tulang orade adalah untuk meramal sesuatu keadaan. Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan ini akan meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan dan rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.
H5f. Amalan penilikan tulang oracle ini membawa kepada kemunculan sistem tulisan awal di China. Rekahan-rekahan pada tulang ini menimbulkan idea masyarakat tempatan untuk mencipta tulisan.

F6 Sistem Tulisan

H6a. Tulisan China ini berbentuk ideograni, iaitu tulisan berbentuk simbol.
H6b. Tulisan asal ini kebanyakannya mempunyai garnbar seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai.
H6c. Namun demikian, tulisan ini mula berubah kepada bentuk yang lebih kompleks seperti yang terdapat pada hari ini.

Sumbangan Tamadun Indus

F1 Perancangan Bandar

H1a. Keupayaan untuk mewujudkan sebuah bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa bukanlah perkara yang mudah, sebaliknya memerlukan gabungan kepakaran sama ada dari sudut letak bandarnya mahupun dari sudut pengisiannya.
H1b. Oleh yang demikian, pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian, dan matematik sangat diperlukan. Kemampuan masyarakat Lembah Indus mencapai kecemerlangan dalam perancangan bandar berkait rapat dengan kemajuan dalam bidang geometri dan pembinaan.
H1c. Pemahaman geometri hasil daripada pertembungan tamadun ini dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba telah membolehkan perancangan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat yang diikuti oleh jalan raya yang lurus.
H1d. Di samping itu, masyarakat Lembah Indus telah berusaha meningkatkan mutu bahan binaan. Hal ini telah berjaya dilaksanakan apabila masyarakat Indus tidak hanya bergantung pada panas matahari untuk membuat batu bata daripada tanah liat.
H1e. Sebaliknya, batu bata itu. dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi.
H1f. Berasaskan perkara ini, kecemerlangan perancangan bandar dalam tamadun Indus, sebenarnya, merupakan gabungan daripada pelbagai pengetahuan dan pencapaian termasuklah geometri dan matematik serta teknologi pembakaran batu bata.

F2 Hubungan luar

H2a. Sifat keterbukaan yang dibuktikan oleh tamadun ini dalam membuat hubungan dengan tamadun lain juga merupakan satu lagi aspek yang sangat penting.
H2b. Dari sudut ini, tamadun Indus memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat itu tidak akan mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar pandangan dengan pihak lain.
H2c. Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir Purba telah membolehkan kedua-dua belah pihak memperoleh manfaatnya sama ada dalam bentuk pertukaran teknologi atau seumpamanya.
H2d. Walau. bagaimanapun, dalam konteks hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia, segala pengaruh dari luar itu disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.

F3 Keamanan

H3a. Tamadun Indus telah menunjukkan kepada masyarakat dunia moden hari ini beberapa aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan sesebuah tamadun, termasuk keamanan.
H3b. Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan.

Ciri-ciri Tamadun Indus

F1 Bandar Terancang

H1a. Tamadun Indus memperlihatkan beberapa ciri yang istimewa.
H1b. Peternpatan kekal yang wujud di lembah ini telah membawa kepada pembentukan bandar terancang.
H1c. Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok.
H1d. Bahagian utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan, dan tempat penyimpanan hasil pertanian.
H1e. Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan. Bandar-bandar dalam tamadun ini dirancang dengan sebegitu rapi terutama dari sudut susun aturnya yang sistematik.
H1f. Perancangan bandarnya dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan, serta sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
H1g. Bandar-bandar dalam tamadun ini disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain.
H1h. Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang. Selain jalan raya bandar-bandar ini juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.

F2 Organisasi Sosial

H2a. Berbeza daripada tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba, tamadun Indus tidak meninggalkan maklumat dan sumber yang jelas tentang organisasi sosialnya.
H2b. Jurnpaan arkeologi telah membayangkan masyarakat di Lembah Indus terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan atasan dan bawahan. Golongan atasan terdiri daripada pendeta dan pedagang.
H2c. Kelas atasan yang utama ialah pendeta. Walaupun wujud dalam bilangan yang kecil, namun, para pendeta ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan kegiatan keagamaan.
H2d. Atas dasar keagamaan inilah, golongan bawahan memberikan ketaatan kepada golongan pendeta. Oleh sebab tiada bukti tentang kewujudan raja, maka, sejarawan berpendapat bahawa tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta.
H2e. Golongan bawahan pula terdiri daripada petani dan buruh. Golongan petani menjalankan aktiviti pertai-dan dan menyalurkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada pihak berkuasa. Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan seperti menjaga kebersihan bandar, membina ternbok di benteng, dan membina terusan.

F3 Pengkhususan Pekerjaan

H3a. Masyarakat di Lembah Indus juga mempunyai pengkhususan pekerjaan yang jelas terutamanya dalam bidang ekonomi. Masyarakat ini telah menjalankan pelbagai kegiatan ekonorni seperti perdagangan, pertanian, pertukangan dan pembuatan.
H3b. Aktiviti perdagangan secara khusus membabitkan perdagangan luar termasuklah dengan Mesopotamia. Hubungan dagang antara kedua-dua tamadun dapat dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia.
H3c. Antara hasil perdagangan yang penting termasuklah emas, gading gajah, manik, dan hasil pertanian.
H3d. Petani pula menjalankan aktiviti bercucuk tanam terutamanya bagi tanaman makanan seperti barli, kacang, dan sebagainya.
H3e. Selain menjadi petani dan pedagang, ada ahli masyarakat yang secara khusus menjadi artisan. Mereka ini terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam dan barangan tembikar.

F4 Agama dan Kepercayaan

H4a. Masyarakat dalam tamadun ini juga dikenal pasti telah mempunyai satu amalan agama. Ini dibuktikan dengan penemuan patung dan ukiran yang mempunyai unsur keagamaan.
H4b. Antara yang paling penting termasuklah penemuan sebuah patung yang dirujuk sebagai patung proto-Siva.
H4c. Objek tersebut menunjukkan seseorang duduk bersila dengan stail yoga dan terdapat tiga tanduk di kepalanya yang melambangkan Dewa Brahma, Vishnu dan Siva.
H4d. Kewujudan objek proto-Siva ini menjadi sangat penting terutama dari sudut perkaitannya dengan agama Hindu kemudiannya.
H4e. Selain itu, masyarakat dalam tamadun ini juga percaya kepada Tuhan Ibu.
H4f. Perkara ini dipercayai telah diwarisi daripada kebudayaan yang lebih awal kerana kepercayaan terhadap Tuhan Ibu ini turut berlaku dalam masyarakat yang mendiami Mesopotamia, Asia Kecil, Syria dan Palestin.

F5 Sistem Tulisan

H4g. Masyarakat tamadun Indus telah mempunyai satu sistem tulisan yang berbentuk piktograf.
H4h. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini tulisan tamadun Indus masih lagi menjadi misteri dan belum dapat ditafsirkan.