Monday, April 19, 2010

TATABAHASA : KATA PEMERI

KATA PEMERI

Dalam bahasa Melayu, ialah dan adalah merupakan kata pemeri

Ialah

Kata pemeri ialah digunakan untuk menjelaskan persamaan, dan hadir di hadapan frasa nama.

Contoh :
i. Ayah saya ialah guru
ii. Mata pelajaran yang diajar oleh guru itu ialah Bahasa Melayu

Adalah

Kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama

Contoh :
i. Berita kemalangan yang dilaporkan oleh akhbar itu adalah terlalu ringkas
ii. Bungkusan yang dihadiahkan pengetua itu adalah untuk pelajar cemerlang.


* Kita sering mendengar ada pihak yang mengucapkan kata pemeri adalah seperti berikut.

Contoh :
i. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok.
ii. Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Isnin.

Sebenarnya, penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat di atas menyalahi tatabahasa bahasa Melayu, kata pemeri itu hendaklah digantikan dengan yang berikut:

Dengan ini/ Anda/ Tuan-tuan/ Dengan hormatnya/ ………………….

No comments:

Post a Comment