Monday, January 24, 2011

Sumbangan Mesir Purba

F1 Seni bina

H1a. Sumbangan utama tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia adalah dalam seni bina, iaitu piramid.
H1b. Pembinaan piramid bermula daripada ilharn Imhotep, iaitu saintis, ahli fizik, arkitek, dan penasihat penting kepada Firaun Djoser (3150 S.M.).
H1c. Beliau telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata.
H1d. Beliau juga merupakan pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera. Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam bidang pembinaan.
H1e. Sehingga hari ini kejayaan mereka masih dikagurni.

F2 Kemajuan pendidikan serta penggunaan kertas.

H2a. Pencapaian ini merupakan hasil kepandaian orang Mesir Purba mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidup, di Lembah Nil.
H2b. Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan dan meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata untuk menyimpan segala khazanah bangsa.
H2c. Tinggalan tamadun Mesir purba kepada dunia kini adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya, iaitu hieroglif.
H2d. Keagungan tamadun Mesir Purba dapat dibaca daripada tulisan yang terpahat dengan begitu cantik, halus dan penuh seni pada makam dan batu.
H2e. Sistem pendidikan untuk kanak-kanak
H2f. Kerajaan Mesir Purba telah mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. Mereka memberi pendidikan sejak dari umur yang rendah.
H2g. Institusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan.
H2h. Penekanan terhadap pendidikan bertujuan untuk melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya jurutulis vang sempurna dan terlatih.
H2i. Ilmu geometri, matematik, dan sains diajar bagi melahirkan golongan terlatih yang boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil serta pembinaan bangunan dan piramid.

F3 Kemajuam dalam ilmu perubatan

H3a. Mesir Purba yang maju dalam ilmu perubatannya telah melahirkan pengamal perubatan. Mereka ini mendapat status yang tinggi dalam masyarakat Mesir Purba dan berkhidmat untuk firaun dan juga masyarakat.
H3b. Kemajuan bidang perubatan terutamanya proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba.Tahap keilmuian dan kemahiran terutamanya dalam bidang fizik, kimia, perubatan, dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari ini.

F4 Pengawalan aliran air Sungai Nil

H4a. Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung pada pengawalan aliran air Sungai Nil yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir Purba.
H4b. Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri, dan astronomi telah digunakan sepenuhnya dalam usaha orang Mesir Purba mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun.
H4c. Pemerintah Mesir Purba telah berjava mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian.
H4d. Semasa pemerintahan Firaun Senuusret III, beliau telah membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123 kilometer bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10 000 hektar
H4e. Pengetahuan dalam bidang astronorni dan matematik ini membolehkan orang Mesir Purba memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.

Sajak : Harga Remaja

MAKSUD

Rangkap 1 :

Penyajak bertanya tentang harga remaja yang bersih daripada perasaan kecewa
Penyaja menganggap remaja ialah golongan yang masih muda daun yag masig menghijau dan pohion yang segar.
Golongan ini merupakan golongan yang baru hendak memulakan hidup.

Rangkap 2 :

Penyajak bertanya kepada remaja tentang kejayaan yang ingin diraih oleh remaja sama ada ingin mencari cinta murahan atau bersusah payah mencari ilmu.

Rangkap 3 :

Penyajak menyatakan bahawa harga remaja sebenarnya mahal dan tidak boleh dibeli dengan perjanjian. Harga remaja terletak kepada pendirian, keberanian dan ilmu yang dimiliki.

Rangkap 4 :

Penyajak menyeru remaja supaya memenuhi atau merealisasikan cita-cita, matlamat dan arah tuju kehidupan.

Sunday, January 16, 2011

Ciri-ciri Tamadun Mesir Purba

F1 Pusat Pentadbiran

H1a. Apabila Firaun Menes (3200 S.M.) berjaya menyatukan kesemua 11 nome ini menjadi sebuah kerajaan,
H1b. beliau telah mengasaskan pusat pentadbirannya di bandar Thinis yang terletak di bahagian tengah Sungai Nil.
H1c. Selepas itu, pusat pentadbiran ini telah berpindah ke bandar Memphis yang hampir dengan delta Sungai Nil.
H1d. Pada kemuncak Zaman Pertengahan, pusat pentadbiran ini telah berpindah ke bandar Thebes.
H1e. Selain itu, terdapat beberapa bandar penting yang lain seperti Heliopolis, Fayourn dan Abydos.
H1f. Kehidupan di bandar merupakan salah satu ciri yang sangat penting dalam tamadun Mesir kerana di sinilah tempat kediaman firaun, pusat maklumat pemerintahan dan pentadbiran, dan juga pelabuhan penting bagi tamadun ini.
H1g. Selain itu, bandar juga merupakan pusat keagamaan dan pusat tumpuan penduduk.

F2 Kehidupan Berorganisasi

H2a. Kehidupan berorganisasi dalam masyarakat Mesir Purba diketuai oleh firaun yang merupakan raja yang berkuasa mutlak serta dianggap suci.
H2b. Jawatan firaun (raja Mesir) diwarisi secara turun-temurun.
H2c. Pada zaman kerajaan lama, firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus,
H2d. Tetapi semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat, firaun digelar sebagai Raja Matahari kerana dipercayai bahawa firaun ialah anak Tuhan Matahari, iaitu Amon Re.
H2e. Firaun juga merupakan ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim, dan ketua pahlawan.
H2f. Selepas firaun ialah golongan bangsawan, rahib, tuan tanah serta jurutulis.
H2g. Ini diikuti dengan golongan rakyat bebas yang terdiri daripada petani, pedagang dan artisan.
H2h. Lapisan yang terkebawah ialah hamba.

F3 Sistem Pemerintahan

H3a. Sistem pemerintahan Mesir Purba diterajui oleh raja, iaitu firaun.
H3b. Beliau dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengurus, dan mengagihkan penghasilan makanan di dalam negara.
H3c. Golongan bangsawan ini merupakan pembesar yang terdiri daripada pegawai, penasihat, dan juga gabenor yang mentadbir wilayah yang ditakluki.
H3d. Para rahib dipertanggungjawabkan untuk mentadbir hal keagamaan.
H3e. Urusan pentadbiran ini juga turut dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam yang telah dilantik untuk menulis segala rekod kerajaan.

F4 Kedudukan Wanita

H4a. Tamadun Mesir Purba juga telah mengiktirafkan wanita sebagai pemimpin.
H4b. Pada Zaman Empayar seorang wanita telah dilantik menjadi firaun, iaitu Firaun Hatshepsut (1501 - 1479 S.M.).
H4c. Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur.
H4d. Keupayaan beliau membawa perubahan ini telah meletakkan beliau setanding dengan pencapaian firaun yang lain.
H4e. Ini menunjukkan bahawa wanita dalam tamadun Mesir Purba mampu memerintah serta memiliki status yang tinggi.

F5 Empayar

H5a. Kerajaan Mesir Purba juga merupakan kerajaan berbentuk empayar yang meliputi sebuah kawasan yang luas termasuklah wilayah di Nubia di selatan Mesir hingga ke utara serta barat dan juga wilayah di sebelah Asia, iaitu wilayah di Palestin hingga ke Lubnan dan Syria.

F6 Pengkhususan Kerja

H6a. Dengan wujudnya pengkhususan kerja seperti penenunan dan pembuatan barang tembikar dan juga peralatan, Mesir Purba telah berkembang maju.
H6b. Eksport utama Mesir Purba ialah tekstil dan kertas.
H6c. Antara aktiviti ekonomi lain yang dijalankan termasuklah perlombongan emas di kawasan Nubia.
H6d. Pengangkutan air memainkan peranan penting dalam tamadun Mesir Purba.
H6e. Sungai Nil yang lebar dan dalam telah membolehkan kapal-kapal menyusurinya dan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan seperti Thebes, Memphis, Fayourn dan Heliopolis.
H6f. Sistem pemerintahan yang terancang telah berjaya menarik pedagang-pedagang dari Laut Mediterranean dan Laut Merah untuk singgah di pelabuhan Mesir Purba.

F7 Agama dan Kepercayaan


H7a. Orang Mesir Purba percaya kepada konsep politeisme.
H7b. Setiap tuhan orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan unsur alam seperti Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit) dan Amun (Tuhan Angin).
H7c. Orang Mesir Purba juga percaya kepada kehidupan selepas mati.
H7d. Oleh itu, mayat perlu disimpan dan dijaga dengan teliti.
H7e. Makam mayat juga mesti dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati.
H7f. Mayat tersebut diiringi barangan serta kelengkapan harian yang akan ditanam bersama-sama dengannya.
H7g. Solekan mayat, alat kebesaran, dan jumlah barang yang dikeburnikan di dalam makam menunjukkan kedudukan atau status mayat tersebut.

F8 Sistem Tulisan

H8a. Tamadun Mesir Purba juga telah mempunyai sistem tulisan yang dikenali sebagai hieroglif.
H8b. Sistem tulisan tamadun Mesir Purba ini berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi.
H8c. Sistem tulisan sangat penting dalam proses perkembangan tamadun Mesir Purba terutamanya untuk tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan juga pengutipan cukai.
H8d. Tulisan juga memainkan peranan penting dalam tamadun Mesir Purba untuk tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.

Tuesday, January 11, 2011

Sumbangan Tamadun Mesopotamia

F1 Undang-Undang Hammurabi

H1a. Kod undang-undang ini digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon.
H1b. Undang-undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
H1c. Mengikut kod ini, hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat.
H1d. Kod ini mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar, oleh itu rakyat dapat membaca undang-undang tersebut.
H1e. Kod Undang-Undang Hammurabi telah menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia.
H1f. Undang-undang ini telah berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan juga di kalangan susun lapis masyarakat ifu sendiri.
H1g. Undang-undang ini telah dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut.
H1h. Kod ini juga telah membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang, iaitu dari tahun 3500 S.M. hingga tahun 539 S.M.

F2 Sistem Tulisan

H2a. Kewujudan sistem tulisan telah membawa kepada sistern pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan jurutulis.
H2b. Kehadiran jurutulis ini membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat supaya dapat direkodkan.
H2c. Dalam perdagangan, kesemua urusan jual belinya disertakan dengan resit, nota, dan surat kredit.
H2d. Di samping itu, sistern tulisan ini juga telah melahirkan tradisi kesusasteraan.
H2e. Antara hasil kesusasteraannya yang terkenal termasuklah epik Gilgamesh yang merupakan hasil kesusasteraan yang tertua di dunia. Epik ini mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.

F3 Ilmu Astronomi

H3a. Tamadun Mesopotamia juga menyumbang kepada perkembangan ilmu astronomi.
H3b. Pencerapan terhadap pergerakan bulan, bintang, dan matahari telah membawa kepada perkembangan ilmu matematik seperti sistern mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab, membahagi, dan punca ganda dua yang kemudiannya membawa kepada perkembangan ilmu geometri.

F4 Kalendar

H4a. Penguasaan dalam bidang astronomi juga telah membolehkan mereka menggunakan jalan laut dan mencipta kalendar yang berasaskan sistern solar yang menganclungi 12 bulan dalam satu tahun.

F5 Ilmu Perubatan

H5a. Perkembangan ilmu perubatan mendapat perhatian khusus semasa pemerintahan kerajaan Assyria kerana kerajaan ini begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya.
H5b. Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya.
H5c. Cara mengubat penyakit dengan menggunakan ubat-ubatan juga telah dicatatkan sebagai panduan kepada pengamal perubatan.

F6 Penciptaan Roda

H6a. Roda digunakan dalam menghasilkan kereta kuda sama ada untuk tujuan peperangan atau kegunaan pada masa aman.
H6b. Penciptaan roda membolehkan orang Mesopotamia mencipta kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus dan meningkatkan hasil pertanian di samping mengawal banjir.

F7 Pengangkutan

H7a. Tamadun Mesopotamia juga telah menyumbangkan ciptaan alat pengangkutan yang terawal kepada dunia.
H7b. Orang Sumeria telah menggunakan kapal layar serta pangangkutan beroda sejak tahun 3000 S.M..
H7c. Oleh itu, mereka mampu menguasai jalan darat serta jalan laut sehingga mereka dapat berhubung dengan wilayah di India serta wilayah di kawasan Laut Mediterranean.

F8 Batu Bata

H8a. Tamadun Mesopotamia memperkenalkan kepada dunia cara membuat batu bata daripada tanah hat.
H8b. Dalam seni bina, mereka telah mencipta arca dan tiang batu. Contoh arca tersebut ialah patung Raja Gudea. Arca dan tiang batu dapat dilihat dalam seni bina zigurat.

F9 Pembentukan Empayar

H9a. Kepimpinan berwibawa Raja Sargon telah berjaya mewujudkan kerajaan Akkad, iaitu empayar pertama di dunia.
H9b. Ini adalah kerana Raja Sargon berjaya menakluk dan menyatukan wilayah-wilayah kerajaan Sumeria di selatan Mesopotamia.
H9c. Beliau merupakan perintis kepada pembentukan sebuah empayar yang kemudiannya menjadi ikutan pemerintah seterusnya seperti Firaun Tutmose III pada zaman Mesir Purba.
F10 Pembentukan Sebuah Masyarakat Yang Lebih Berestetika
H10a. Mesopotamia bukan saja menyumbang kepada pembentukan sebuah sistem pemerintahan tetapi juga pembentukan sebuah masyarakat yang lebih berestetika.

Tamadun Mesopotamia

Proses Pembentukan

1. Orang Sumeria telah berhijrah ke wilayah ini
2. dan membina petempatan
3. serta menjalankan aktiviti pertanian
4. melalui kerja menebus guna tanah
5. dengan membina sistem pengairan
6. yang membolehkan mereka mengawal pengaliran air sungai.
7. Aktiviti ini telah membawa kepada lebihan penghasilan makanan yang mampu menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.
8. Petempatan awal yang berbentuk perkampungan ini
9. kemudiannya berkembang secara evolusi kepada bandar
10. dan seterusnya kepada beberapa buah negara kota
11. seperti Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari.
12. Kesemua negara kota ini terletak di sepanjang sungai dan terusan.

Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia

Negara Kota


1. Setiap negara kota di Mesopotamia mempunyai ciri fizikal yang tersendiri.
2. Setiap negara kota itu terbahagi kepada kawasan utarna, iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan.
3. Setiap negara kota ini juga mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan sesebuah kota.
4. Di dalam kota pula terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai, dan pasar dengan kebanyakan jalannya berkeadaan lurus dan lebar.
5. Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat pada masa itu.
6. Setiap kota juga mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri.
7. Kewujudan sungai serta kawasan tanah pamah telah memudahkan pen-angkutan dengan kapal, pedati dan keldai.
8. Melalui jalan laut, bandar atau negara kota ini mudah dihubungi oleh wilayah di sekitarnya.
9. Antara jalan penghubung utama termasuklah jalan yang menghubungkan Sumeria dan kota Mari yang digunakan oleh pedagang dari luar Mesopotamia.

Organisasi Sosial

10. Masyarakat negara kota terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat,
11. Golongan pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera, dan orang bangsawan.
12. Golongan rakyat terbahagi kepada dua, iaitu rakyat bebas seperti petani, artisan serta pedagang, dan hamba yang terdiri daripada tawanan perang.
13. Dalam tamadun Mesopotamia, raja merupakan pemerintah.
14. Sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia berbentuk teokrasi.
15. Di bawah sistem ini, raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilik negara kota.
16. Walaupun raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan tetapi masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja mereka sebagai tuhan kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin (2291 - 2255 S.M.) di Akkad.
17. Beliau telah memaksa penduduk Akkad menyembahnya sebagai tuhan.
18. Ini adalah disebabkan beliau menganggap dirinya terlalu agung kerana berjaya menguasai wilayah yang luas sehingga beliau menggelarkan dirinya sebagai "Raja Empat Penjuru Alam".
19. Raja juga menjadi ketua pentadbir, ketua tentera, dan ketua pendeta yang berkuasa dalam hal keagamaan.
20. Raja Mesopotamia juga bertindak sebagai ketua agama dan beliau berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk mernegang jawatan di zigurat serta menentukan bentuk pentadbirannya.
21. Ini adalah kerana zigurat berfungsi sebagai pusat ibadat, pusat perdagangan serta pusat penyimpanan khazanah negara.
22. Di samping itu, beliau juga amat berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian dan perniagaan. Beliau dibantu oleh para pegawai yang kebanyakannya terdiri daripada golongan bangsawan dan yang mempunyai ikatan dengan keluarga diraja.

Pengkhususan Kerja

23. Kepelbagaian kegiatan ekonomi atau pengkhususan kerja di Mesopotamia berlaku apabila wujudnya Iebihan hasil pertanian. Ini menyebabkan terdapat anggota masyarakat yang meninggalkan pekerjaan sebagai petani untuk menjadi peniaga, pedagang dan artisan.
24. Perdagangan yang telah dikendalikan bukan hanya dengan wilayah di sekitar Mesopotamia tetapi juga dengan kawasan di Lembah Indus.
25. Perdagangan amat penting bagi Mesopotamia kerana lembah ini tidak menghasilkan banyak bahan mentah. Oleh itu, barangan seperti logam, kayu-kayan, emas, dan perak dibawa masuk untuk ditukar dengan hasil pertanian yang dikeluarkan oleh lembah ini.
26. Selain itu, terdapat pengusaha atau pembuat tekstil, barang tembikar, dan alat keperluan harian. Malah ada yang menjadi tukang rumah kerana pertambahan penduduk di negara kota telah menimbulkan keperluan rumah kediaman yang lebih banyak.
27. Terdapat sebilangan anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai tentera untuk mempertahankan negara kota daripada serangan musuh.

Sistem Tulisan

28. Dalam proses pembentukan tamadun ini, ilmu pengetahuan juga turut berkembang.
29. Ini telah membawa kepada kewujudan sistem tulisan yang bermula dalam bentuk tulisan bergambar.
30. Sistem ini kemudiannya berkembang kepada tulisan berbentuk simbol yang ditulis pada tanah liat kerana pada masa itu bahan untuk membuat kertas belum wujud di Mesopotamia.
31. Tulisan pada tanah liat ini berbentuk pepaku dan dikenali sebagai cuneiform.

Wednesday, January 5, 2011

Makna Tamadun

Bahasa Arab
= mudun = madain = madana = dua maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.

Bahasa Inggeris
= civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar.

Sudut Tamadun
boleh diertikan sebagai peradaban.

masyarakat Barat
tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran.

Pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Gordon Childe,
pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.

Darcy Riberio dan R.A. Buchanan
menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.

Menurut Islam
tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.

Pandangan Syed Naquib al-Attas
tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.

Richard Sullivan
mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.

Secara umumnya
konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.

Zaman Prasejarah

Maksud
zaman manusia belum mengenali sistem tulisan

Ciri-ciri Zaman Paleolotik dan Mesolitik
1. hidup secara nomad/ berpindah randah
2. tinggal di kawasan tepi tasik, tepi sungai atau di dalam gua
3. hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan
4. menyara hidup dengan memungut hasil hutan, memburu binatang dan menangkap ikan
5. alat batu yang dicipta mementingkan fungsi daripada nilai estetika

Ciri-ciri zaman neolitik
1. mula tinggal menetap
2. hidup dalam kelompok yang besar
3. alat batu telah dilicinkan dan mempunyai pelbagai fungsi
4. bahan tembikar
5. wujud pembahagian tugas / pengkhususan kerja
6. berjaya memikirkan cara meleburkan logam
7. melahirkan sistem pertukaran barang/ sistem barter

Ciri-ciri zaman logam
1. penggunaan alat daripada logam
2. berjaya mencipta perahu dan rumah
3. dapat meneroka lautan
4. meningkatkan kegiatan perdagangan maritim
5. muncul petempatan besar dan kota pertahanan
6. petempatan besar bekembang menjadi bandar atau kota (contoh : Jericho di Jordan dan Catal Huyuk di Turki)