Wednesday, April 21, 2010

Malayan Union yang diperkenalkan oleh British telah mendapat tentangan daripada orang-orang Melayu.

(a) Apakah syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Malayan Union 1946?
[12 markah]

Gabenor - Diketuai oleh Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England
Majlis - Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan dibentuk
Singapura - Singapura diasingkan kerana kepentingan sebagai pelabuhan bebas
Jus Soli - Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan Malayan Union
Raja - Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu yang membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu
Pesuruhjaya - Pesuruhjaya Negari dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir


(b) Jelaskan sebab-sebab orang Melayu menentang Malayan Union 1946.
[8 markah]


Cara - Orang Melayu membantah cara Sir Harold MacMicheal mendapat persetujuan
Raja-Raja Melayu
Baharu - Orang Melayu menganggap keadaan selepas Perang Dunia Kedua tidak sesuai
untuk membuat pembaharuan
Hakis - Menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu
Peribumi - Pemberian kerakyatan yang longgar mengancam status quo orang Melayu sebagai
Peribumi
Warisan - Bimbang kehilangan warisan yang dibina sejak Kesultanan Melayu Melaka

DUHAI PENTAFSIR

Pentafsir,
sebenarnya telah lama kucari
suaramu yang sarat
ke mana jatuhnya gema itu?
di manakah tempat istirahat
setelah pengembaraan yang penat
di manakah telah kaurakamkan
pertemuan matahari,rimba dan lautan?

Maksud:
Penyajak membuat pernyataan bahawa dia telah lama mencari arah dan kebenaran dalam kehidupannya, tetapi masih belum ditemui. Usia yang semakin bertambah menyebabkan penyajak hampir terlupa peristiwa-peristiwa silam yang dilaluinya.


Senja ini menemuiku
dengan lusuh catatanmu
angin yang sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembar-lembar buku
sedang aku belum ketemu
surat yang kau tuliskan padaku.

Maksud:
Sewaktu usia semakain tua, penyajak masih meneruskan pencariannya. Banyak hasil tulisan yang dibaca dan diteliti sehingga seakan-akan kajian yang dikaji menjadi lusuh. Pertambahan usia memberi peringatan kepada penyajak bahawa sisa-sisa usia semakin singkat. Tetapi masih mencari-cari petunjuk yang benar daripada pencipta-Nya.

Telah hilangkah ia
Atau kau tidak pernah menulisnya
Ah, aku tidak bisa tidur dan melupakan
Racun keresahan telah membunuh lenaku
Sejak kau dahagai penawar dalam lautan nota-notamu
Kiranya terdampar dalam angin yang ragu
Yang tidak mengenal arah tiupannya
Angin tanpa sabar yang telah melunturkan
Kehijauan dalam keriangan masa kecilku.

Maksud:
Penyajak menjadi keliru dalam mencari petunjuk Ilahi dan hakikat kebenaran kehidupan ini. Penyajak diburu resah oleh sejarah silam kehidupannya yang beronak dan berliku. Penyajak mula sedar kesilapan dan kelalaiannya yang menyimpang daripada petunjuk Ilahi. Dia berasa kerugian kerana membiarkan masa mudanya begitu sahaja tanpa berusaha mengenal Tuhannya.


Pentafsir, musim telah terlalu tua
kaca jendela menjadi kelabu
dan aku telah terlalu lesu
untuk menari bersama bayang-bayangmu
senja pun semakin larut
lembar-lembar menjadi semakin kuning
apakah aku harus mengebumikan buku-buku ini
di samping pusaramu yang sepi.



Maksud:
Usia penyajak semakin tua, penglihatannya semakin kabur dan tubuh menjadi semakin lemah. Tetapi penyajak tetap berusaha untuk mendapatkan perlindungan dan keredaan Tuhan dalam kehidupannya yang semakin singkat. Penyajak ingin meninggalkan semua kejahilan dan melupakan sejarah silamnya. Namun begitu dia masih ragu akan penerimaan Tuhan terhadap keinsafan dirinya.


Hentikan ejekanmu
biar kupecahkan kaca ini
melihat keluar. Lalu mengenal
rumpun-rumpun yang redup
adalah pengakuanmu, Tuhanku!
yang menjernihkan mataku.

Maksud:
Penyajak menyatakan keyakinannya untuk keluar daripada keraguan dan kesangsiannya. Penyajak membuat tekad dan menyerah diri mencari keredaan Tuhan untuk mencari ketenangan jiwanya.


Latihan 1

(i) Terangkan maksud pengembaraan yang penat mengikut penggunaannya dalam sajak di atas.
(2 markah)
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah ilmu agama itu penting dalam kehidupan?
(3 markah)

(iii) Apakah persoalan-persoalan yang diketengahkan dalam sajak di atas?
(3 markah)

(iv) Nyatakan apa yang terjadi kepada ’aku’ apabila musim telah terlalu tua?
(3 markah)

(v) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.
(3 markah)

(vi) Pada pendapat anda, mengapakah buku perlu dijadikan teman sepanjang hidup?
(3 markah)

DI RUANG GEMANYA

Telah kurangkumkan rebah setiaku
pada setiap pilu dan rindu
melayang dan mengembang
ke hayat gemilang. Sejak itu
tidak kukesal lagi
Goda dan duga
Di gerimis senja.

Maksudnya: Penyajak menumpahkan seluruh taat setianya kepada negaranya yang tercinta. Sepanjang perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah, penyajak telah menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan, namun penyajak tidak berasa kesal akan tindakannya itu.

Telah kupahatkan lelah umurku
Pada setiap kerikil dan debu
Datang dan menghilang
Ke hujung kenang. Sesudah itu
Tidak kukenal lagi
Hampa dan derita
Di guruh pagi.

Maksudnya: Sepanjang hidupnya penyajak sentiasa mencurahkan bakti dan berusaha untuk memastikan negaranya bebas daripada masalah. Setelah dia berusaha penyajak tidak lagi berasa hampa dan kecewa kerana negaranya kini telah mencapai kemerdekaan.

Gerimis senja guruh pagi
Adalah titipan maya
Bakal kukongsikkan hati
Mengukir tadbir di ruang gemanya.

Maksudnya: Penyajak ingin menyampaikan mesej bahawa dugaan dan cabaran itu merupakan perkara biasa dalam mengharungi liku-liku hidup. Penyajak juga bersedia berkongsi pengalamannya dengan anggota masyarakat yang lain dan bersama-sama mencurahkan usaha , idea dan tenaga untuk membangunkan negaranya yang tercinta.

Latihan

i) Buktikan penyajak seorang yang cinta akan negaranya.
[3 markah]

ii) Pada pendapat anda , apakah akibatnya jika rakyat tidak taat setia kepada negara?
[3 markah]

iii) Apakah persoalan yang terdapat dalam sajak ini.
[3 markah]

Tuesday, April 20, 2010

SOALAN KARANGAN 3

Para pelajar kurang gemar berkunjung ke perpustakaan walaupun sedar perpustakaan gedung ilmu.
Berikan cadangan yang patut dilaksanakan agar para pelajar berminat mengunjungi perpustakaan dalam usaha menambahkan ilmu

Analisis soalan:
Format : Karangan tidak berformat
Isu : Perpustakaan
Fokus isi : Cadangan/ cara-cara menarik minat pelajar mengunjungi perpustakaan
Domain : sekolah/ remaja/ kerajaan

Rangka karangan

Pendahuluan
Kepentingan perpustakaan

Perenggan isi
1. suasana yang menarik dan kondusif
2. pelbagaikan bahan rujukan
3. kempen / iklan / promosi
4. sediakan kemudahan internet
5. perkhidmatan mesra pelanggan

Penutup
seruan memanfaatkan kemudahan yang disediakan
harapan mendapat sambutan yang menggalakkan
harapan mendapat sokongan pelbagai pihak

CIRI-CIRI SISTEM AHLI

1. Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada baberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk.,
2. Anggota Sistem Ahli dikenal sebagai Ahli. Contohnya, Ahli Hal Ehwal dalam Negeri.
3. Pelantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
4. Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota, iaitu lima orang penduduk Tanah Melayu dan empat orang pegawai Inggeris. Daripada lima orang penduduk Tanah Melayu, tiga daripadanya merupakan orang Melayu, orang Cina dan orang India.
5. Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhiaya Tinggi British.

KEPENTINGAN SISTEM AHLI

1. Sistem merupakan tapak asas yang penting untuk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri.
2. Sistem Ahli juga memulakan proses perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu.
3. Sistem ini menggabungkan pemimpin daripada pelbagai kaum yang terdapat di negara ini.
4. Perkara ini merupakan asas penting untuk menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai mendapat sokongan seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
5. Sistem Ahli telah memberikan pendedahan yang baik kepada penduduk tempatan untuk mentadbir dan menerajui kerajaan walaupun masih dikuasai oleh British.

SOALAN KARANGAN 2

Warga emas telah banyak menabur bakti semasa usia muda mereka, namunada sesetengah mereka diabaikan apabila telah mencapai usia tua. Mereka merupakan golongan yang perlu dibela dan diberi kasih sayang oleh golongan muda.
Berikan pendapat anda tentang peranan golongan muda dalam memenuhi keperluan golongan warga emas.

Analisis Soalan

Format : Karangan tidak berformat
Isu : Warga emas
Fokus isi : peranan golongan muda dalam memenuhi keperluan golongan warga emas.

Rangka karangan

Pendahuluan
1 definisi warga emas
2 jasa warga emas

Isi 1 : Menjaga keperluan harian
Isi 2 : Menjaga kesihatan
Isi 3 : Memberi hiburan dan kasih sayang
Isi 4 : Memastikan ibadat mereka terpelihara
Isi 4 : Menyediakan tempat perlindungan yang sesuai

Penutup
Harapan nasib mereka terbela
Harapan mereka bahagia dalam menghabiskan sisa-sisa kehidupan

Monday, April 19, 2010

TATABAHASA : KATA PEMERI

KATA PEMERI

Dalam bahasa Melayu, ialah dan adalah merupakan kata pemeri

Ialah

Kata pemeri ialah digunakan untuk menjelaskan persamaan, dan hadir di hadapan frasa nama.

Contoh :
i. Ayah saya ialah guru
ii. Mata pelajaran yang diajar oleh guru itu ialah Bahasa Melayu

Adalah

Kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama

Contoh :
i. Berita kemalangan yang dilaporkan oleh akhbar itu adalah terlalu ringkas
ii. Bungkusan yang dihadiahkan pengetua itu adalah untuk pelajar cemerlang.


* Kita sering mendengar ada pihak yang mengucapkan kata pemeri adalah seperti berikut.

Contoh :
i. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok.
ii. Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Isnin.

Sebenarnya, penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat di atas menyalahi tatabahasa bahasa Melayu, kata pemeri itu hendaklah digantikan dengan yang berikut:

Dengan ini/ Anda/ Tuan-tuan/ Dengan hormatnya/ ………………….

SOALAN KARANGAN

Soalan 1 :

Sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya di sekolah anda, diadakan satu pertandingan syarahan. Anda menyertai pertandingan yang dianjurkan dan memilih tajuk “Sebab-sebab Meningkatnya Kemalangan Jalan Raya”.

Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya.

Soalan 2 :

Masalah kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar merupakan satu masalah yang sukar untuk diselesaikan. Pelbagai cara telah diambil untuk mengatasinya termasuk membina dan melebarkan jalan raya. Ada juga pihak yang mencadangkan penggunaan pengangkutan awam atau berkongsi kereta namun kurang mendapat sambutan.

Berikan pendapat anda berhubung perkara ini.

PERIBAHASA

SILA CARI MAKSUD PERIBAHASA DI BAWAH

PERIBAHASA

  1. BAK CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN
  2. BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT
  3. JAUH PERJALANAN LUAS PENGALAMAN
  4. SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN
  5. KALAU TIDAK PECAHKAN RUYUNG MANAKAN DAPAT SAGUNYA
  6. BERSATU TEGUH BERCERAI KITA ROBOH
  7. GENGAM BARA API, BIARLAH SAMPAI JADI ARANG
  8. YANG BULAT TIDAK DATANG MENGOLEK, YANG PIPIH TIDAK AKAN DATANG MELAYANG
  9. HATI GAJAH SAMA DI LAPAH, HATI KUMAN SAMA DICICAH
  10. IBARAT TELUR SESANGKAK, PECAH SEBIJI PECAH SEMUA
  11. BERAT SAMA DI PIKUL, RINGAN SAMA DI JINJING
  12. BAGAI AUR DENGAN TEBING
  13. HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI
  14. BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KE TEPIAN, BERSAKIT-SAKIT DAHULU, BERSENANG-SENANG KEMUDIAN
  15. BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT KATA KERANA MUAFAKAT
  16. BUKIT SAMA DI DAKI, LURAH SAMA DITURUNI
  17. KACANG LUPAKAN KULIT
  18. DIMANA BUMI DIPIJAK, DISITULAH LANGIT DIJUNJUNG
  19. MASUK KE KANDANG KAMBING MENGEMBEK, MASUK KE KANDANG KERBAU MENGUAK
  20. YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDONG BERCICIRAN